Tuesday, September 29, 2026

Cerminan Ku



Kali ini terasa hibanya,
Mungkin ianya telah memang tertulis.
Tiada lagi airmata yang ditangisi,
Kekecewaan yang dialami, terkelu.
Bukan aku tidak mencuba, tapi hampa.

Apakah aku harus berhenti? Mungkin..
Letih sebenarnya..
  Ada yang memberi keyakinan
  Ada yang memberi semangat
  Ada yang memberi kekuatan
  Terima kasih, semuanya ❤️

Apakah aku akan berjuang? Mungkin..
Lelah sebenarnya..
Bukan hanya masa terbuang
Banyak perkara lagi yang terkorban..

Ya Allah, jika kekecewaan ini..
Membuatku menjadi lebih baik,
  aku redha.
Membuatku lebih dekat padaMu,
  aku redha.
Membuatku lebih bersedia,
  aku redha.

Puisi ini bukan rintihan,
Tetapi hanya untuk penenang jiwa..
Semoga semuanya baik-baik sahaja..

~ H.H., 
Sep2026
hafiza85.blogspot.com




~~~~



Selamat tinggal September...
Semoga semuanya baik-baik sahaja...

No comments:

Post a Comment