Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Wednesday, June 25, 2025

Monday, October 9, 2023

Hadirnya dia...


Sebuah kata-kata yang hebat...
"Hadirnya dia untuk disayangi, bukan disakiti.."


Semoga kita ketemu dengan seorang insan yang amat menyayangi kita, dengan penuh keikhlasan.. InsyaAllah.. 😍🥰

Sunday, May 1, 2022

Selamat Hari Raya 1443H


Bulan April berlalu pergi,
Syawal akan tiba tidak lama lagi,
Saya mengucapkan Salam Aidilfitri, 
Semoga amalan diterima nanti....


Salam hormat, salam ukhwah...

Yang ikhlas,
H.H., 
Mei 2022

Sunday, June 27, 2021

Semoga siap sedia dibawa pulang nanti

Akan tiba suatu ketika...
Pabila kita tidak akan lagi mengejar dunia,
Apa lagi yang ditinggalkan untuk ku di dunia ini.


Bila tiba waktunya, kita akan mengucapkan selamat tinggal. Diharapkan dengan cara yang baik dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.


Puas kita mengejar, puas kita berlari. 
Puas kita menakluki, puas kita tontoni.
Kehidupan yang penuh ketidak-adilan.
Kehidupan yang penuh tipu-daya.


Aku harap sisa-sisa kehidupan yang tinggal ini, dapat diamati dengan lebih baik.
Semoga bersiap sedia untuk di bawa pulang nanti.



Salam sejahtera,
H.H.,
Jun 2021.

Sunday, July 26, 2020

Covid19 ibarat peperangan

Pandemik #Covid19...
Aku ibaratkannya sebagai peperangan.
Perisai masih belum ditemui.
Hampir 16 juta tawanan.
Lebih 600 ribu nyawa tertewas.
Dan angkanya masih terus meningkat.


Tidak mengenal erti bangsa atau agama.
Tidak kira usia tua mahupun muda.
Sejarah terhebat abad ini.
Bagaimana untuk mengelakkannya?
Wallahu'alam.
Belum ditemui jawapan yang pasti.


Bak kata pepatah...
Kita merancang, Dia menentukan.
Kita mengelak, Dia bisa berikan.
Selamat melindungi diri sahabat...


- H.H., Julai 2020.

Wednesday, November 14, 2018

Warkah buat Sahabat

Warkah buat Sahabat




Sahabat, kita mungkin tidak berapa rapat.
Tetapi kehadiranmu punya impak padaku.
Bukan setahun dua tetapi sejak bangku sekolah.
Kamu seorang yang petah dan periang orangnya.
Senda guraumu mudah buat kami terhibur.



Selepas persekolahan jarak memisahkan persahabatan.
Dengan adanya media sosial, kami berhubung semula.
Usia kita juga sudah meningkat dewasa,
Dikau sudah punya keluarga dan anak-anak yang comel.
Bertahun berhubung, kamu senantiasa ada ketika diperlukan.



Kamu tidak putus memberiku semangat dengan cara tersendiri.
Tatkala jiwa ini rapuh, kamu ada membantu memulihkannya.
Kamu amat tabah menghadapi segala dugaan hidupmu.
Kamu juga tidak melepaskan peluang membaca puisi-puisi ku

Pemergianmu amat mengejutkan kami semua.
Semoga dipermudahkan urusanmu di sana, sahabat.
Aku hanya mampu berdo'a, semoga keluargamu tabah.
Kami amat merindui dirimu.




Puisi ini khas buat sahabat kami, Hazimah. Kamu akan selalu dirindui..

Tuesday, March 27, 2018

Masa dan manusia

Sebuah puisi yang pernah ku tulis dan kongsi seketika dahulu... ingin ku mengongsi nya lagi.. hanya kerna manusia seringkali berkejaran masa...

Wednesday, November 11, 2015

Maaf, kadangkala saya pun terlupa

Sekadar renungan dan perkongsian...




Saya manusia biasa yang kadangkala pun terlupa...

Saturday, November 7, 2015

Coretan puisi bulan November

Awan itu.
Berkepul-kepul bentuknya,
Apakah benar yang dinilai mata kita?

Sukar.
Permainan mata menusuk di minda.
Mengapa terjadi sekian rupa?

Satu hari.
Pabila dipejam mata selamanya,
Adakah lagi yang akan mengenang?

Hakikat.
Selagi bisa keringat diperlunya.
Usah dilupakan agar tidak kecewa.

Terbang.
Bagai sang helang tuju awan jua.
Ke mana agaknya hala manusia?



- H.H., Nov15
hafiza85.blogspot.com
[Kata madah puisi pujangga]

Thursday, September 3, 2015

Politik zaman sekarang

Zaman sekarang..
Siapa yang gagah masuk gelanggang.
Gagah - apa definasi kau orang?
Gagah sekadar tunjuk belang,
bukannya susah, sangat senang.
Masuk jarum sedikit, boleh menang,
menang hal dunia, biarkan dia orang.
Kita lihat dan pandang-pandang,
jangan melatah atau tunjuk berang.



-- H.H., September 2015

Tuesday, July 28, 2015

Secara tiba-tiba aku mengingatimu...

Secara tiba-tiba aku mengingatimu
Di kamar sepi malam syahdu
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu

Terdengar lagu cinta membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat yang terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam

Bertahun dalam derita
Tanpamu aku melara
Berbekalkan saat mimpiku di perjalanan ini
Pemergian diri mu putuslah cinta yang lama
Menghentam diri ku dalam memori

Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Jika tersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah



Lirik lagu memori duka...  Dinyanyikan oleh kumpulan Sons of Adam...

Sebagai kenangan...

Monday, March 23, 2015

Manusia cemburu akan masa

Manusia cemburu akan masa.
Namun masa juga yang kita kejar.
Masa tidak mengenal erti usia.
Masa tidak menunggu saat gembira duka.
Masa tidak akan diputar semula.
Masa tidak menunggu manusia.
Semua manusia pasti ada masa.
Terpulang pada kita untuk menilainya.



- H.H., Mac 2015

Tuesday, November 11, 2014

Hidup bak cerita bersiri

Hidup ini ibarat cerita bersiri,
bukan filem wayang atau cerpen,
kita pengarah hidup ini,
kita juga penulis skripnya,
kita juga pelakon hidup di dunia.
Apa terjadi pada episod seterusnya,
dapatkah kita mencoraknya?
Ya, kita punya pilihan.
Namun takdir juga penentu.

Apakah cerita hidup kamu?
Tajuk apa yang sesuai?
Adakah ia bak Adam mencari Hawanya?
Mungkin terbelah hati dalam pencarian?
Atau sekadar mencari teduhan dalam berkasih?

Impian terkadang tidak seindah mimpi,
kehidupan yang dilalui dari lensa,
lensa kaca mata kita sendiri,
setiap kehidupan pasti tercari-cari...
Cari makna? Bukan itu sahaja,
apa tujuan hidup sebenarnya?

Ada yang hidup menanti mati,
apakah mati penamat cerita bersiri?
Entah.. aku sendiri belum pasti.
Ceritaku? Yang dicorak atau yang tercorak,
yang pasti ceritaku masih belum berakhir,
cerita sedih, pahit, manis atau seram,
semuanya bersatu, siapa penonton kita?
Kamu?! Ya, kamu di luar sana!
Moga pengarah ini tidak jemu mengarang.
Bercerita tentang kisah, kisah hati.

- H.H.,
09 Nov 2014

Tuesday, October 7, 2014

Tragedi

Hari ini menjadi tragedi,
Hari esok ke manakah realiti,
Kesangsian masa itu ku ingati,
Berserah, pasrah padaMu Illahi,
Terkenang cerita si mawar berduri,
Selamat tinggal semalam hari....


H.H.,
Oktober, 2014.

Tuesday, September 2, 2014

Fiza's gallery

Alhamdulillah... praise to be upon Him...

My mini gallery for motivation and safe-keeping. I've been planning on this project long ago and only manage to finish it up tonight... 😂


Collection from 2003 to 2014... more to come... InsyaAllah.... 😉

Thursday, August 28, 2014

Gemersik

Gemersik suara mengisi senja,
Alunan ombak hembusan pantai,
Adakah lagi esok untuk kita?
Tiada jawapan bagi si bijak pandai..


- H.H., Ogos 2014

Sunday, April 13, 2014

Masihkah punya waktu di Berita Minggu

Alhamdulillah,  sekali lagi diberi kesempatan... terima kasih pihak berita harian / berita minggu... kerana mencetakkan karya ini... InsyaAllah akan terus berkarya... selagi masih diberi kesempatan....

Monday, March 17, 2014

Masihkah punya waktu?

Tajuk: Masihkah punya waktu?


Lucutkan tanganku dari genggamanmu,
Tidak sanggup rasa dibelenggu,
Rasa kesalan yang tiada putus,
Kau lontarkan kesepian badai lautan,
Tidak ku endah bertahun perpisahan,
Apakah kekeliruan akan selamanya berterusan?
Sejauh manakah dapatku melangkah hadapan?


Kesengsaraan jiwa inginku hapuskan,
Mengatur langkah bak bermain catur,
Masihkah punya masa mencapai impian?
Mungkin ada lagi yang ingin menemankan?
Titik langkah bernodakan kasih dan cinta,
Agar bisa mengubati hati yang lara,
Dalam mencari pengikatan kukuh dua jiwa.


Masa dicipta untuk manusia di dunia,
Kata manis ucapan bibir sentiasa bersahaja,
Kepasrahan hidup redha akan takdirNya,
Mungkin kegembiraan bukan milik kita,
Pasti ada ruang mengembalikan ukir senyuman,
Kelak akan menemui jawapan hakiki,
Teka-teki kehidupan yang dicari selama ini...