Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Tuesday, January 30, 2018

Hello, Encik Grab

Bismillah....

Alhamdulillah dengan izinNya, tercetus jua sebuah cerita pendek (cerpen) yang baharu diilhamkan dari pengalaman di luar sana dan juga seharian.

Semoga diberi kesempatan untuk terus menulis... selamat membaca!!

Terima kasih pihak Gah! dari Berita Harian.

Thursday, September 25, 2014

Cerpen sempena hari raya haji - Lembaran buat Raudhah

Lembaran buat Raudhah
Karya: Hafiza Hussin

Noor Raudhah Imran
Tadika Taman Raudhah
104 Jln Malu-malu
Singapura 359113

Salam diucap pembuka tirai,
Membuka lembaran bicara bermula,
Harap segala kesusutan terlerai,
Ampun dan maaf dipinta.

Awak,
Saya memahami pemergian awak selama ini, tiada kata maaf yang dapat meleraikan kemarahan terhadap saya. Saya akui kesilapan itu yang membebani diri awak sehingga kini. Tidak saya sangka sewaktu mendaftarkan anak saya tempoh hari di Tadika Taman Raudhah terserempak dengan sebuah gambar yang cukup saya kenali. Mungkin takdir telah menetapkan pertemuan itu. Setelah lebih sedekat saya mencari awak, tertanya-tanya juga mungkin berpeluang terserampak dengan awak. Namun hampa segala harapan, maklum sahaja, seorang majikan tentu sekali padat jadualnya. Lantas, tercetus di minda untuk menulis sahaja, semoga awak sudi membaca naskah ini.

Apa khabar awak di sana? Lama sangat rasanya kita tidak bersua. Saya terdengar dari orang ramai awak mempunyai seorang cahaya mata. Adakah anak itu milik kita? Awak, berilah saya peluang untuk bertemu dengan awak, walau hanya seketika.

Saya sudahpun berkeluarga dan telah dikurniakan dua orang cahayamata. Saya mengambil keputusan untuk berhenti berharap lalu mendirikan rumahtangga setelah gagal mengesan awak. Setelah puas saya mencari, teman-teman dan keluarga, ke rumah awak juga sudah, namun semuanya berakhir dengan kehampaan. Hingga ada yang menyatakan awak telahpun bermastautin ke Australia. Saya ada juga ke sana setelah mendapatkan beberapa informasi, namun tetap juga gagal mengesan awak. Memang hati ini tidak akan pernah tenteram selagi tidak berjumpa dengan awak. Saya mohon belas ihsan awak, berilah saya peluang.

Saya tahu keputusan untuk meninggalkan awak tatkala itu terlalu sukar untuk kita. Namun harapan ibubapa untuk saya teruskan belajar terpaksa saya akur. Keterlanjuran masa lalu tidak dapat diputarkan semula. Maafkan saya. Kekesalan yang teramat sentiasa berlegar diingatan saya. Saya sedari keputusan yang telah saya buat mengorbankan banyak pihak, terutama awak. Memang beribu sesalan atau berjuta maaf tidak setanding dengan kelukaan yang awak lalui. Sekali lagi, ampunkan saya.

Dalam kehidupan kita ini terlalu banyak yang dirahsiakanNya. Satu persatu kisah dikupas hari demi hari, namun banyak juga yang masih tidak kita ketahui. Izinkan pacar yang hina ini menebus kekhilafan yang lalu. Tidak tertanggung rasanya terus disemai rasa bersalah setiap waktu dan ketika.

Saya menyesal meninggalkan awak tika itu. Entah apa yang ada di benak pemikiran tatkala itu. Usia telah mematangkan hidup saya kini. Demi masa depan anak itu, izinkan saya menebus kesilapan lalu. Saya ingin bertanggungjawab atas kesalahan yang saya lakukan suatu tika dahulu. Saya berharap juga awak sudah punya pengganti diri ini, dan saya ingin sangat lihat awak berbahagia di samping orang-orang yang tersayang.

Yang ikhlas,
Md Amir B Khalis

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Md Amir
36 Hillview Avenue
#09-1156
Singapura 149036

Amir,
Terima kasih atas naskah yang dikirim.  Sudah lama saya maafkan awak, walaupun luka tidak akan dapat diubati, saya akan terus menelan pahitnya. Ya, memang saya punya seorang cahayamata, Md Noor Azrul, nama diberi. Terima kasih atas keperihatinan awak, saya terpaksa menolak tawaran itu, cukuplah awak bertanggungjawab atas keluarga awak kini, biarkan kami seadanya. Mungkin suatu hari nanti Azrul akan dapat mengenali ayahnya, biarlah tarikh itu dijadikan rahsia sehingga selepas saya memejamkan mata, mungkin.

Bak kata pujangga yang menjadi tunjak kekuatan saya... yang menguatkan diri untuk terus berdiri teguh mengharungi dunia ini...
Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa silam.
Tiada insan yang berdosa yang tidak mempnyai masa depan....

Mintalah keampunan dari yang maha Esa, hanya padaNya sahaja dapat meleraikan hati yang kusut. Dia jugalah yang Maha Pengampun. Mungkin suatu hari nanti Azrul akan mengerti pengalaman diri ini. Usah mengusutkan lagi penderitaan yang dialami. Saya mohon jika boleh sekiranya awak tidak mengganggu kami lagi.

Sekian. Wassalam.

Salam hormat,
N. Raudhah

Tuesday, September 2, 2014

Fiza's gallery

Alhamdulillah... praise to be upon Him...

My mini gallery for motivation and safe-keeping. I've been planning on this project long ago and only manage to finish it up tonight... 😂

Collection from 2003 to 2014... more to come... InsyaAllah.... 😉

Thursday, July 3, 2014

Cerpen Hari Raya - Tangisan Kegembiraan

Bergema suara di tabir fajar,
Mendayu irama takbir berlagu,
penuh syahdu...

Sayup alunan suara, begitulah rentak lagu yang dimainkan pada waktu itu. Lagu nyanyian asal Dikir Temasek, yang didendangkan semula, “nyaring sungguh suara pakcik.” “Terima kasih nak, suara itu milik sementara, sama seperti penglihatan pakcik.” Sedih aku memerhatikan pakcik itu buta rupanya. Tetapi dia punya suara yang amat merdu, tersentuh jiwa mendengarnya. “Apa nama pakcik?,” aku menyapa. “Panggil sahaja Pak Nan.” Pak Nan, seorang pemuzik jalanan yang mencari sesuap nasi di sebalik hiruk pikuk bazaar di geylang serai. Letih menunggu keluargaku yang terlalu asyik berbelanja di sekitar bazaar, aku duduk sebentar menemani Pak Nan bernyanyi sambil bermain accordionnya. Melihat keringat Pak Nan ini, menyedarkan aku, mengapa kita yang celik ini kadangkala terlupa bersyukur dengan segala kenikmatan yang diberi. Keteguhan Pak Nan berkerja keras demi mendapatkan habuan sehari-hari, menyentap perasaanku. “Termenung jauh yang...” suamiku menyapa, “Abang lihat tu...,” “hmm sedap sungguh alunan accordionnya, pandai dia bermain walaupun kurang sifatnya. Ayuh kita pulang, anak-anak kelihatan penat tu.” Sebelum pulang, aku memberikan sedikit sumbangan kepada Pak Nan. “Terima kasih nak, semoga murah rezeki kamu.” Suatu perasaan yang tidak dapat aku lupakan, melihat raut wajahnya mengingatkan aku akan seseorang.

Sejak kecil lagi, aku dilahirkan tanpa mengenal erti kasih seorang ayah, menurut ibuku ayah meninggal sebelum aku lahir. Dia sebatang kara menanggung kami adik-beradik, tanpa mengenal erti lelah, begitulah pengorbanan seorang ibu. Hmm teringat pula dengan ibu, “esok kita berbuka di rumah ibu, ya?” Suamiku mengangguk tanda setuju. Riang wajah ibu melihat cucu-cucu dan anak-menantunya di rumah. Raut wajah ibu kelihatan lelah sekali, kasihan. Sudah acap kali mengajaknya berpindah bersamaku tetapi seringkali menidakkannya. Ibu, memang tidak ingin menyusahkan anak-anaknya. Faham benar isi hatinya. “Ini rantai milik kamu,” ibuku menyapa. Rantai? Rantai pusaka jawabnya. “Dari siapa?” “Pemberian ayahmu.” Cantik juga rantai bersalut emas ini, ahh.. aku berikan sahaja pada Ana, anak perempuanku, sesuai sangat dengan wajahnya yang manis dan rambut ikal mayang, agak tidak sesuai untuk aku yang berhijab. Hari meniti hari, sudah tibanya hari-hari terakhir Ramadhan, kami sekeluarga termasuk ibu menuju ke bazaar geylang seperti biasa. Ingin sekali aku berjumpa dengan Pak Nan sekali lagi, puas aku mencarinya ke sana sini, hampa. Sewaktu perjalanan pulang aku terdengar bunyi accordion dendangan lagu dari jauh ku pohon maaf nyanyian asal Sudirman, tatkala itu jugalah ibu mengalirkan airmata. Aku bertanyakan mengapa, dia senyum lalu berkata matanya memasuki habuk, hmm seperti ada yang tidak kena. Sebelum perjalanan pulang, sempat aku berbual dengan Pak Nan, aku mengajaknya ke rumah sempena lebaran ini, dia mengangguk lantas aku memberikan alamatku kepadanya. Dalam perjalanan pulang, ibu kelihatan suram, tidak berkata walau sepatah pun, risau aku dibuatnya. Dan dengan ketibaan lebaran, aku sengaja tidak menghantar ibuku pulang ke rumahnya, dibawanya pulang ke rumahku sahaja. Walaupun agak janggal awalnya, ibu sudah bisa membiasakan diri. Malam itu sebelum mengejut ibu untuk bersahur, aku terdengar tangisan ibu, entah apa yang ditangiskan. Aku memberanikan diri menerjah biliknya, ternampak ibu bergegas melenyapkan airmatanya dan menyimpan sesuatu. Aku menyapanya lalu mengajaknya bersahur bersama.

Hari yang dinanti telah pun tiba, hari bersuka-ria, hari kemenangan, hari bermaaf-maafan. Seperti biasa, setelah solat eid bersama keluarga di padang, kami bergegas ke rumah kerana ramai tetamu yang bakal mengunjung tiba. Cuaca redup petang itu, angin juga sepoi-sepoi bahasa, ramai tetamu yang datang dan pergi, terdengar seseorang memberi salam, “Assalamualaikum”, aku menjawab lantas menjenguk ke jendela mendapati orang yang aku nanti-nantikan sudah tiba, Pak Nan! Tiba dengan baju kurung birunya, lega rasanya Pak Nan dapat mencari kediamanku, dia meminta tolong temannya menghantar. Aku mengajaknyake atas dan menghidangkan juada yang sedia ada. Ibu yang juga mengenakan baju kurung biru, yang sibuk melayani cucunya juga terkesima ketika melihat Pak Nan. Abang! Pak Nan tercari-cari suara itu menoleh lalu menerpa, Saodah? Terkejut aku dibuatnya, bagaimana Pak Nan mengenali ibu? Ibu terus melangkah ke arah Pak Nan lalu mengucup tangannya. Aku semakin hariran, dan tertanya-tanya. Ibu juga memanggil Ana, dan memberitahu Pak Nan, rantai pusaka itu masih disimpannya. Aku menjadi bingung, lantas Ibu menggenggam erat tanganku dan memeluk kami, sambil menyatakan ini ayah kamu nak.

Alhamdulillah cerpen ini telah disiarkan di Berita Minggu pada 27 Julai 2014....

Sunday, September 2, 2012

cerpen dua dunia kita berbeza di berita harian

Alhamdulillah, sebuah lagi karya yang telah disiarkan oleh pihak berita harian....
Karya: Cerpen
Tajuk: Dua dunia kita berbeza
Disiarkan pada: 25 Ogos 2012 & 01 September 2012

Terima kasih kepada pihak berita harian kerana sudi memilih karya-karya saya... insyaAllah dengan motivasi ini, saya akan terus menulis jika punya masa terluang nanti...

Cerpennya:

Perjumpaan yang tidak disangka, pertama kali aku bertentang mata dengannya berdegup jantungku, bukan tidak pernah merasakan sebegitu, tetapi rasanya sudah lama aku tidak merasakan debaran itu. Kuntuman senyum yang terukir di wajah kami seakan memberi suatu peluang untuk memulakan berbicara. Namun bibir ini terasa seperti dikunci untuk memulakan sebarang perbualan, cukuplah dengan senyuman manis itu. Aku tidak pernah kenali dirinya, tetapi siapa sangka pertemuan itu menjadi batu loncatan buat hubungan kami. Kami mula rapat melalui alam siber, hampir setiap hari kami ‘berjumpa’ di alam maya, banyak perkara yang dibincangkan bersama. Seseorang yang suka berjenaka namun tidak ramai yang memahaminya. Aku tertarik akan perwatakannya, ilmunya dan pada masa yang sama atas jenakanya. Aku rasa senang sekali berkongsi pendapat dengannya, kadangkala timbul juga rasa geram pabila berdebat tentang beberapa perbezaan pendapat.

Dari alam siber, hubungan kami semakin akrab pabila ianya beralih ke alam nyata. Kami mula mengenali hati masing-masing dengan lebih rapat lagi. Maka terciptalah bibit-bibit cinta yang selama ini ku simpan entah untuk siapa. ‘Mungkin dialah orangnya’, hatiku berbisik. Jujur aku katakan aku sedang di lamun cinta, suatu perasaan yang tiada siapa dapat menerangkan kecuali jika dirinya berada di dalam lautan asmara. Dia juga begitu, mungkin kerana kami berdua sudah lama bersendirian, sudah tiba waktunya untuk membuka hati kami menerima cinta yang baru. Semuanya manis, indah belaka, janji diukir, kenangan tercipta... ahhh siapa yang tidak ingin dilamun cinta? Setiap masa yang dinikmati bersama, kan senantiasa aku semadikan ke dalam jiwaku. Perjalanan yang kami tempuh amat menyenangkan tiada siapa yang bisa menyangka punya banyak perbezaan pendapat antara kita terutama dalam perkara yang akan mencorak masa depan hidup kita. Aku sedar akan perbezaan itu, telah lama ku fikirkan tentangnya, namun kelalaian seseorang yang dilamun cinta kadangkala membuatnya lupa dan alpa. Dia dan pegangannya, aku dengan peganganku, pernah juga aku terfikir tentang masa hadapan, bagaimana jika punya zuriat suatu ketika nanti, arah manakah harus si anak tuju? Aku jarang sekali pertikaikan masalah itu kerna pabila disentuh tentang perkara itu ianya tidak akan membawa ke arah penyelesaian sebaliknya akan berlaku pertikaman lidah. Bukankah itu sudah menjadi adat pasangan kekasih? 

Masa berganti hari, berganti bulan, berganti tahun, setiap detik kami lalui bersama, banyak perjalanan hidup ini telah dikongsi bersama. Pada masa itu, dia seakan sudah pasti akan keputusannya. Kami bertemu seperti biasa, dia menyatakan apa yang tersirat di hatinya. “Saya yakin awak boleh berjumpa dengan yang lebih baik lagi.” Jiwaku retak – bagaikan ditusuk sembilu, hancur hati ini. Rasanya seperti hilang arah tujuan, buat seketika itu. Aku tidak dapat mengerti mengapa harus ini terjadi. Tiada alasan yang kukuh diberi, keputusan sudah dibuat tetapi mengapa dia juga harus bersedih? Bukankah itu keputusan yang lahir dari hatinya sendiri? Aku kebingungan, mujurlah teman-teman dan keluarga mendampingi aku pada detik itu. Jika tidak, aku sendiri tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi. Mengapakah seseorang itu sentiasa bersikap kurang rasional ketika dia patah hati atau dilamun cinta? Aku masih belum ketemu jawapannya.

Setahun telah berlalu, banyak perkara yang telah diubah. Aku cuba untuk mengalihkan perhatianku kepada perkara yang lain, alhamdulillah, semuanya menjadi lebih mudah dengan keizinanNya. Dalam masa yang sama aku juga cuba membuka pintu hatiku untuk menerima seseorang yang baru. Sepurnama kami berhubung, tetapi aku merasakan tiada keserasian di situ, terpaksa aku mengundurkan diri ketika itu, mungkin aku masih belum bersedia. Aku meneruskan hidupku seperti biasa, pada suatu malam aku termimpikan si dia, masyaAllah... kejam sungguh mimpi itu. Pada keesokan harinya, aku tidak menyangka setelah begini lama, dia kembali menghubungiku. Mulanya seperti tiada apa yang terjadi tetapi saban hari kami menjadi terlebih rapat. ‘Adakah masih punya rasa cinta? Ataukah dia merinduiku?’ hatiku sentiasa berbisik. Ramai yang menasihatiku supaya lebih berhati-hati, aku seperti tidak menghiraukan kata-kata mereka. Mereka yang banyak melihat aku sengsara tahun lalu, dan aku yakin mereka tidak mahu peristiwa berulang kembali.

Setelah lama berhubung, barulah kami mengambil keputusan untuk berjumpa semula. Entah apa yang berada di benak fikiranku pada tika itu, ‘adakah aku masih merindukannya?’ Tidak dapat aku memberikan jawapan itu. Maka tibalah detik perjumpaan semula, berdiri bulu romaku, degupan nadi ini melonjak, hai... rasanya seperti seseorang yang baru jatuh cinta. Tiada banyak yang berubah tentang dirinya, sekadar kelihatan seperti berat badannya meningkat sedikit. Banyak yang diperbualkan, mungkin rindu dengan satu sama lain, tetapi berat ingin menyatakan. Berjam-jam kami berbual tidak menyangka hari yang terang berubah menjadi gelap. Segala kenangan yang pernah kami lalui bersama acap kali diungkapkan kembali. Tidak aku sangka masih segar di dalam ingatannya tentang detik-detik manis itu. Dalam kata-katanya aku dapat merasakan seolah-olah dia merindukan perhubungan kami yang dulu. Di raut wajahnya kelihatan sedetik penyesalan, namun aku tahu ada sesuatu yang tersirat di hatinya, sesuatu yang aku tidak dapat menekanya, sesuatu yang dia tidak akan memberitahuku.

Tiba masanya untuk kami berundur, tatkala beredar dari tempat duduk masing-masing, dia melontarkan renungan yang tajam ke arah wajahku. “Saya rindu dan masih sayangkan awak.” Aku menepis kata-katanya itu, perhubungan tidak akan ke mana jika hanya berterusan di tahap itu sahaja. Dia faham akan niatku, tetapi masih belum bersedia untuk ke tahap selanjutnya – atas sebab tertentu, ataupun mungkin aku sendiri sudah dapat mengagaknya, kerna dua dunia kita berbeza. Aku dapat merasakan sedikit kekecewaan di situ, walaupun aku sudah menjangkakan keputusan itu. Kata-kata akhirku kepadanya supaya kita tidak lagi berhubung selepas ini. Aku tahu ianya tidak semudah apa yang diucapkan, namun demi untuk kebaikkan diri masing-masing, salah seorang harus mengundurkan diri buat selamanya. Aku cuba untuk tidak menyimpan apa-apa dendam terhadapnya walau sepahit apapun rintangan yang akan aku lalui. Semoga perjalananku selepas ini akan dipermudahkan, insyaAllah...

[Cerita ini memaparkan kisah sebenar yang terjadi pada diri saya sendiri, sekadar ingin berkongsi luahan hati, tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak. Cerita telah diubah mengikut kesesuaian untuk pembacaan orang ramai. Jika ada yang terasa hati, mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...]

Sunday, June 24, 2012

cerpen - cinta pertama

Alhamdulillah... Inilah #throwback cetakan berita harian 09 jun 2012
Terima lah... cerpen bertajuk.. cinta pertama

Cinta itu indah... apatah lagi yang paling awalnya...

Monday, April 2, 2012

Dua dunia kita berbeza

Sunday, February 12, 2012

Miftahul Jannah dicetak di keratan akhbar

Miftahul Jannah nama diberi,
cerpen pertama yang ku ciptai,
disiar di akhbar pada 11 Februari,
penyeri semangat untuk ku tulis lagi.

Alhamdulillah, insyaAllah akan ku teruskan untuk berkarya...