Showing posts with label lagu raya. Show all posts
Showing posts with label lagu raya. Show all posts

Monday, August 20, 2018

Di Depan Kaabah - Khalid Baboo

Lirik lagu nya

Ada dua orang tua
Seorang datuk dan seorang nenek
Baru lepas bertawaf
Berdua mereka menangis

Memanjatkan puji syukur
Terkabul citanya
Mereka datang jauh 
Dengan raga yang rapuh

Niatnya yang teguh
Penuhi panggilan Ilahi

Wahai Maha Kuasa
Tak terhingga nikmatMu
Hampir kami tak sanggup
Menerjang lautan umat manusia
(x2)

Di depan Kaabah
Mata menatap sepuasnya
Tertumpahlah do'a kerinduan

----

Lagu yang seringkali bisa membuat aku menangis, terlalu menyentuh hatiku. Sesiapa yang punya informasi tentang pengubah lagu atau lirik boleh juga dikongsi bersama. Terima kasih.


P.s. saya hanya sekadar ingin berkongsi lirik lagu ini, maaf jika ada tersilap



Gambar dipetik sewaktu mengerjakan ibadah Umrah tahun lepas

Monday, June 4, 2018

Hari Raya Hari Mulia - Sanisah Huri

Selamat, selamat hari raya,
Bahagia di sepanjang masa,
Lupakan derita yang terpendam di hati mu,
Biarkan hilang gelisah, rasa sedih.

Sebulan, sebulan berpuasa,
Nikmat terasa selamanya.
Lapar dahaga, kukuhkan iman di dada.
Mohonlah kepadaNya.

Mari kita meraikan,
Hari yang mulia,
Bergembira bersama kawan,
Sanak saudara

Mari kita bersalam,
Dan bermaaf-maafan,
Untuk semua,
Juga ibu bapa yang tersayang.



P.S. sekadar berkongsi liriknya yang sempat saya taip di papan kekunci semasa mendengar lagu ini ke udara di radio Warna 94.2FM sebentar tadi. Salah sebuah lagu raya yang saya minati dan mencari di ruang Google tetapi tidak dapat jumpa informasi mengenainya. Mungkin ianya kurang diketahui ramai atau hanya selalu diputarkan di radio Singapura sahaja.