Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Friday, May 28, 2021

Salam Syawal 1442H

Tidak terlewat rasanya untuk menulis mengenai Syawal kali ini.. salam 16 Syawal buat semua...


Songket tenunan cantik dihias,
Bergaya nan ayu Cik Maria,
Walaupun ada terasa tempias,
Aidilfitri disambut dengan meriah...


Alhamdulillah.. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca, saya iringi dengan do'a taqaballahu minna waminkum...
Semoga segala apa yang amalan yang kita lakukan akan mendapat keberkahannya.. 

Banyak perkara sebenarnya ingin ditulis, tetapi cukuplah buat kali ini... InsyaAllah jika punya kesempatan akan saya terus mengirimkan warkah di sini..



Gambar dipetik dari Geylang Serai, Singapura.


Salam ukhwah,
H.H., 
Mei 2021

Sunday, June 21, 2020

Selamat tinggal Syawal 1441H


Selamat tinggal Syawal..

Dikau sangat berbeza kali ini. 
Banyak yang dipelajari, banyak yang sebenarnya dapat dilakukan walaupun keadaan terkawal. Mohon maaf zahir batin bagi yang tidak berkesempatan untuk bertemu. 


Semoga dipermudahkan semua urusan kami. Mohon do'anya juga untuk dipermudahkan keadaan di tempat kerja ku, terlalu tertekan sekarang ini, tidak tahan rasanya. 


Semoga juga kami semua diberi kesihatan yang baik.


P.s. Terima kasih tidak terhingga untuk pihak Mediacorp Warna dan Ria kerana masih menyiarkan lagu-lagu raya untuk santapan kami semua. Semoga dapat diteruskan begini bagi tahun-tahun mendatang.

Monday, May 20, 2019

Small things that keeps me going for Syawal

Getting ready for Syawal's green packet (duit raya). I'm not sure if I'm the only one who is always excited to buy these packets 😅😅. 

I would usually choose my favourite colour (of course lol), or those designs that catches my eye. Bought these from the Bazaar at Geylang Serai yesterday. 


And thank you Warna 94.2 FM for playing Hari Raya songs for us since Saturday. ✌