Sunday, March 30, 2025
Kelongsong ketupat for display
Monday, June 17, 2024
Salam Aidiladha 1445
Sunday, May 1, 2022
Selamat Hari Raya 1443H
Saturday, March 26, 2022
Hari Raya Light Up 2022
Friday, May 28, 2021
Salam Syawal 1442H
Tuesday, July 28, 2020
Rindu dengan Baitullah
Friday, May 22, 2020
Ramadhan dan Syawal 1441H
Jumaat terakhir bulan Ramadhan.
Dek kerana keadaan kali ini,
Kita tidak banyak keluar rumah.
Ibadah bersendiri/bersama keluarga.
Banyak natijah dalam kesukaran,
Berkerja, belajar bisa dilakukan.
Ramadhan dan Syawal (InsyaAllah) yang sangat istimewa.
Sukar menelan tetapi kita tempuhi jua,
Sepurnama ia bakal meninggalkan kita,
Sepurnama beribadah, tidak sibuk ke mana-mana,
Tiada bazaar untuk disinggah.
Inilah yang telah tertulis kita menerima.
Tahun ini tidak dapat berjumpa di padang.
Tahun ini tidak dapat bersua-muka,
Untuk menjamu selera, bermaafan.
Tahun ini rumah tidak dibuka menyambut tamu.
Usahlah hambar dengan keadaan ini,
Ayuh kita bersama menyambut kemenangan.
Tiada kunjung-mengunjung bukan bererti tiada Hari Raya.
Hari Raya tetap tiba untuk semua.
(Bak lagu Sweet September)
Moga segala amalan diterima.
Moga dipanjangkan usia bertemu semula.
Salam Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.
Dengan iringan do'a Taqaballahu minna wa minkum.
~ H.H.,
Ramadhan 1441H
Mei 2020
Thursday, June 14, 2018
Hilang suara
Pada hari-hari terakhir ramadhan ini, aku diserang semput. Dan tatkala ini juga, suara ku sudah hampir tidak kedengaran, hehehe.. semoga disembuhkan sakit ku ini. Nasib juga aku sudah mula bercuti raya. Mungkin terlalu banyak berbicara, masa untuk merehatkan diri dan kurangkan berbual. Ramadhan akan berlalu pergi, mungkin sakit kerana sedih. Sedih ditinggalkan bulan yang mulia ini. Semoga diketemukan di ramadhan yang akan datang. Amin.
Saya mengakhiri dengan ucapan, taqaballahu minna wa minkum.
Wednesday, July 12, 2017
Saturday, June 24, 2017
Monday, July 4, 2016
Solat Aidil Fitri di Padang Khatib 2016
Bismillah...
Semua dijemput hadir... insyaAllah berjumpa di pagi Eid nanti...
Taqaballahu minna wa minkum...
Monday, July 20, 2015
Eid fitri 1436H
Alhamdulillah, hari yang mulia yang di nantikan telah tiba, hari kemenangan yang menyatukan keluarga, teman-teman dan sanak-saudara. Sedikit gambaran di sekitar perjalanan kami sepanjang hujung minggu lalu.. Sempat juga aku menyiapkan kek pada malam raya, almaklum aku tidak berkesempatan untuk membuat kuih-muih raya tahun ini kerna terlalu sibuk...
Berkunjungan sudah menjadi tradisi yang ku harapkan tidak akan pupus sepanjang zaman... Walaupun shaum (puasa) sepanjang bulan sedikit sebanyak dapat mengurangkan makan ku, rezeki yang diterima sewaktu kunjungan tiga hari ini seakan telah menggantikannya semula... Hehehe, terima kasih semua kerna bersusah payah menyediakan juadah untuk kami... Jazakallah khair...
Bagi yang belum sempat bertemu, insyaAllah akan berkesempatan jua.. Syawal kan sebulan? 😉
Salam sayang buat semua pembaca..
Tidak lupa iringan do'a Taqaballahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amal ibadah yang kita lakukan...
Mohon maaf zahir batin jika ada yang tersinggung atas kata-kata ku di arena blogging ini.. Terima kasih kerana tidak jemu membacanya.. Jika ada yang sudi membaca, insyaAllah saya akan terus menulis...
Thursday, July 3, 2014
Cerpen Hari Raya - Tangisan Kegembiraan
Bergema suara di tabir fajar,
Mendayu irama takbir berlagu,
penuh syahdu...
Sayup alunan suara, begitulah rentak lagu yang dimainkan pada waktu itu. Lagu nyanyian asal Dikir Temasek, yang didendangkan semula, “nyaring sungguh suara pakcik.” “Terima kasih nak, suara itu milik sementara, sama seperti penglihatan pakcik.” Sedih aku memerhatikan pakcik itu buta rupanya. Tetapi dia punya suara yang amat merdu, tersentuh jiwa mendengarnya. “Apa nama pakcik?,” aku menyapa. “Panggil sahaja Pak Nan.” Pak Nan, seorang pemuzik jalanan yang mencari sesuap nasi di sebalik hiruk pikuk bazaar di geylang serai. Letih menunggu keluargaku yang terlalu asyik berbelanja di sekitar bazaar, aku duduk sebentar menemani Pak Nan bernyanyi sambil bermain accordionnya. Melihat keringat Pak Nan ini, menyedarkan aku, mengapa kita yang celik ini kadangkala terlupa bersyukur dengan segala kenikmatan yang diberi. Keteguhan Pak Nan berkerja keras demi mendapatkan habuan sehari-hari, menyentap perasaanku. “Termenung jauh yang...” suamiku menyapa, “Abang lihat tu...,” “hmm sedap sungguh alunan accordionnya, pandai dia bermain walaupun kurang sifatnya. Ayuh kita pulang, anak-anak kelihatan penat tu.” Sebelum pulang, aku memberikan sedikit sumbangan kepada Pak Nan. “Terima kasih nak, semoga murah rezeki kamu.” Suatu perasaan yang tidak dapat aku lupakan, melihat raut wajahnya mengingatkan aku akan seseorang.
Sejak kecil lagi, aku dilahirkan tanpa mengenal erti kasih seorang ayah, menurut ibuku ayah meninggal sebelum aku lahir. Dia sebatang kara menanggung kami adik-beradik, tanpa mengenal erti lelah, begitulah pengorbanan seorang ibu. Hmm teringat pula dengan ibu, “esok kita berbuka di rumah ibu, ya?” Suamiku mengangguk tanda setuju. Riang wajah ibu melihat cucu-cucu dan anak-menantunya di rumah. Raut wajah ibu kelihatan lelah sekali, kasihan. Sudah acap kali mengajaknya berpindah bersamaku tetapi seringkali menidakkannya. Ibu, memang tidak ingin menyusahkan anak-anaknya. Faham benar isi hatinya. “Ini rantai milik kamu,” ibuku menyapa. Rantai? Rantai pusaka jawabnya. “Dari siapa?” “Pemberian ayahmu.” Cantik juga rantai bersalut emas ini, ahh.. aku berikan sahaja pada Ana, anak perempuanku, sesuai sangat dengan wajahnya yang manis dan rambut ikal mayang, agak tidak sesuai untuk aku yang berhijab. Hari meniti hari, sudah tibanya hari-hari terakhir Ramadhan, kami sekeluarga termasuk ibu menuju ke bazaar geylang seperti biasa. Ingin sekali aku berjumpa dengan Pak Nan sekali lagi, puas aku mencarinya ke sana sini, hampa. Sewaktu perjalanan pulang aku terdengar bunyi accordion dendangan lagu dari jauh ku pohon maaf nyanyian asal Sudirman, tatkala itu jugalah ibu mengalirkan airmata. Aku bertanyakan mengapa, dia senyum lalu berkata matanya memasuki habuk, hmm seperti ada yang tidak kena. Sebelum perjalanan pulang, sempat aku berbual dengan Pak Nan, aku mengajaknya ke rumah sempena lebaran ini, dia mengangguk lantas aku memberikan alamatku kepadanya. Dalam perjalanan pulang, ibu kelihatan suram, tidak berkata walau sepatah pun, risau aku dibuatnya. Dan dengan ketibaan lebaran, aku sengaja tidak menghantar ibuku pulang ke rumahnya, dibawanya pulang ke rumahku sahaja. Walaupun agak janggal awalnya, ibu sudah bisa membiasakan diri. Malam itu sebelum mengejut ibu untuk bersahur, aku terdengar tangisan ibu, entah apa yang ditangiskan. Aku memberanikan diri menerjah biliknya, ternampak ibu bergegas melenyapkan airmatanya dan menyimpan sesuatu. Aku menyapanya lalu mengajaknya bersahur bersama.
Hari yang dinanti telah pun tiba, hari bersuka-ria, hari kemenangan, hari bermaaf-maafan. Seperti biasa, setelah solat eid bersama keluarga di padang, kami bergegas ke rumah kerana ramai tetamu yang bakal mengunjung tiba. Cuaca redup petang itu, angin juga sepoi-sepoi bahasa, ramai tetamu yang datang dan pergi, terdengar seseorang memberi salam, “Assalamualaikum”, aku menjawab lantas menjenguk ke jendela mendapati orang yang aku nanti-nantikan sudah tiba, Pak Nan! Tiba dengan baju kurung birunya, lega rasanya Pak Nan dapat mencari kediamanku, dia meminta tolong temannya menghantar. Aku mengajaknyake atas dan menghidangkan juada yang sedia ada. Ibu yang juga mengenakan baju kurung biru, yang sibuk melayani cucunya juga terkesima ketika melihat Pak Nan. Abang! Pak Nan tercari-cari suara itu menoleh lalu menerpa, Saodah? Terkejut aku dibuatnya, bagaimana Pak Nan mengenali ibu? Ibu terus melangkah ke arah Pak Nan lalu mengucup tangannya. Aku semakin hariran, dan tertanya-tanya. Ibu juga memanggil Ana, dan memberitahu Pak Nan, rantai pusaka itu masih disimpannya. Aku menjadi bingung, lantas Ibu menggenggam erat tanganku dan memeluk kami, sambil menyatakan ini ayah kamu nak.
Sunday, August 19, 2012
ketupat mini!
haha! my dearest dad made this little ketupat, he says all the leafs this year are very short so he ends up making small ketupat, and on the picture are the smallest! cute- smaller than my palm.
on another note, i would like to take this opportunity to wish all my readers out there... Selamat Aidilfitri and not forgetting... "taqaballahu minna waminkum", last but not least... 'maaf zahir & batin'

