Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Solat eid fitri 1436H di padang @ Yishun

بِسْمِ للَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Persatuan Islam (Singapura) akan mengadakan Solat Eidul Fitri pada hari Jumaat ini, 01 Syawal 1436H.

Tarikh: 17 Julai 2015
Waktu: 8.30 pagi
Tempat: Lelapang berhadapan MRT Khatib, berhadapan Blk 846 Yishun Ave 6 
Imam & Khatib: Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa

Dengan segala hormatnya kami mengundang sekalian kaum muslimin dan muslimat hadir beramai-ramai menunaikan Solat Ied Fitri bertempat seperti dinyatakan di atas.

Tempat wanita mendirikan solat dan wanita yang dalam keadaan uzur untuk mendengar khutbah disediakan berasingan.

(Kemudahan tempat meletak kereta yang berdekatan : di blk 624 & 848A Yishun)

Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Eidul Fitri serta iringan do'a...
تَـقَبَّلَ للهُ مِنَا وَ مِنـْكُمْ
Semoga Allah menerima amal ibadah yang kita lakukan.

P.S. Sila share dan sebarkan kepada keluarga, teman-teman dan sanak-saudara anda...

Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Mubarak 1436H

Alhamdulillah, waktu yang di nanti akan tiba... saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menjalani ibadah shaum (puasa) sebagaimana tercatit dalam Surah Al-Baqarah ayat 184...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan bershaum (puasa) sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Kepada sekalian keluarga, kenalan yang dekat mahupun jauh.. semoga dipermudahkan segala amalan di bulan yang mulia ini, ayuh sama-sama kita mengejar ganjaran yang dapat diraih...

Saya akhiri nota ini dengan iringan maaf zahir batin jika tidak berkesempatan memohon ampun sepanjang kita bersua... semoga bertemu sewaktu iftar / eid nanti... InsyaAllah.

~ Hafiza Hussin, 
Jun 2015.

Monday, October 27, 2014

InsyaAllah one day ok?

One day insyaAllah... Ok?



Coz I'm happy... :-D

*can I smile from ear to ear? Hehe*

Monday, October 14, 2013

Allahuakbar

Dalam kita terasa sayu mendengar takbir bergema... ayuh kita mengenali apa yang kita ungkapkan acap kali tibanya lebaran....

Allahuakbar... Allah maha besar
Allahuakbar... Allah maha besar
Laillahillah... Tiada Tuhan selain Allah
Allahuakbar... Allah maha besar
Allahuakbar... Allah maha besar
Wa Lillahilham... Dan segala puji bagi Allah



Semoga sedikit sebanyak dapat menjadikan wadah pada kita yang mungkin kurang pasti akan ertinya... dan izinkan aku gunakan kesempatan ini untuk mengucapkan, "Taqaballahu minna wa minkum", semoga segala amalan diterimaNya.... InsyaAllah....



Dan juga jika diberi kesempatan, ayuh sama-sama kita mengerjakan Solat Eid Adha 1434H anjuran Persatuan Islam (Singapura) di padang bersebelahan stesen mrt khatib. Solat akan bermula jam 8.15 pagi, InsyaAllah...  Khutbah kali ini bertajuk - Mewujudkan Generasi Ismail: Suatu Keniscayaan.

Monday, July 8, 2013

salam ramadhan 1434H

salam semua, fiza di sini ingin mengucapkan salam ramadhan. semoga kita diberi kekuatan untuk menempuhi segala dugaan di bulan yang mulia ini, insyaAllah... mohon maaf zahir & batin, jika ada yang tersilap sepanjang perjalanan ini..

Thursday, July 5, 2012

namanya siapa?

"apa ada pada nama?"


selalu kita dengar akan persoalan di atas, namun benarkah nama itu tidak penting? jika ianya tidak penting, mengapakah ramai yang berpusing kepala memikirkan nama yang sesuai untuk anak/bakal anak mereka?


nah... dapat kita gambarkan bukan? nama itu penting sebenarnya, namun apa yang dimaksudkan ungkapan di atas ialah nama atau status seseorang itu tidak menunjukkan keperibadiannya.


aku kenali beberapa orang yang mungkin mendapat 'keberkatan' dari namanya, contoh: 'razak' bermaksud rezeki... alhamdulillah 'razak' yang aku kenali sungguh murah rezeki mereka.


walaubagaimanapun aku sebenarnya takut akan nama aku sendiri... 'hafiza', atau 'hafiz', bermaksud seorang menghafal al-qur'an, masyaAllah... berat sungguh bukan? semoga dipermudahkan penghafalanku... insyaAllah.