Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Tuesday, September 9, 2025

Aku berhenti berharap

Bismillah..


Betul apa yang dikata, jika mengharap balasan manusia, tidak akan dapat apa. Jika kita ikhlas, insyaAllah mengharapkan redha Allah dan pahalaNya sahaja.



Manusia akan lupa kita di saat mereka berada di atas, tetapi jika mereka memerlukan, barulah mereka akan mencari kita.. lumrah bukan?



Semoga aku terus tabah..
🤲🙏



Wednesday, June 25, 2025

Sunday, November 3, 2024

Coretan hujung minggu


Beberapa hari yang lalu, saya berada di sini untuk bersantai seketika, menikmati permandangan indah sambil menghirup teh halia yang segar...





Alhamdulillah, hujung minggu/cuti umum yang sangat berharga bagi saya. Saya dapat meluangkan masa bersama insan-insan tersayang terutamanya keluar saya...



Saya juga amat berbangga dengan pencapaian seseorang, semoga beliau berjaya dan dimurahkan rezeki selalu, gembira sekali melihat keluarganya bahagia...



Kegembiraan itu kadangkala tidak dapat dilihat dari mata kasar, tetapi dinilai dari hati dan senyuman...🥰



Selamat berhujung minggu semua!

Monday, December 11, 2023

Penutup tahun 2023

Bismillahirrahmanirrahim..


Rasanya macam dah lama aku tidak bersembang di sini. Mungkin kerana terlalu sibuk, sibuk dengan pekerjaan dan bermacam lagi.. Namun, selagi ada yang masih sudi membaca, aku akan terus menulis...


Alhamdulillah, banyak perkara yang berlaku pada tahun ini. Tahun yang amat sukar dan mencabar bagiku, walau bagaimanapun, hidup harus diteruskan, selagi ada nyawa yang dipinjamkan.. Aku akan terus kuat, InsyaAllah.. terima kasih kepada semua yang terus memberi semangat tidak kira di mana jua anda berada. 💪 Aku amat terharu dan bersyukur... semoga Allah membalas jasa-jasa kalian...



Gambar di bawah sebagai perhiasan sahaja.. gambar dipetik di Jewel @ Lapangan Terbang Changi.



Senyum. Kerna senyuman itu sesuatu yang bisa membangkitkan segala kekecewaan yang ada. 😁


Semoga tahun yang akan datang, akan lebih baik untuk semua. Moga kita dapat membuka lembaran yang baru dengan penuh kekuatan.. Ramadhan akan tiba juga tidak lama lagi.. InsyaAllah! 🤲


Sehingga di lain kesempatan...
Selamat maju jaya untuk semua.


Salam sayang...

H.H.,
Disember 2023

Thursday, October 7, 2021

Masa berdetik

Detik waktu berjalan sungguh pantas sekali..
Allahuakbar.. tinggal dalam 2 bulan lebih memasuki tahun baharu. Masa, penat aku berlari.. semoga sempat melakukan apa sahaja yang perlu sebelum terlewat.. InsyaAllah. 




Gambar di atas dari sarapan pagi beberapa minggu yang lalu.. alhamdulillah, a time well spent.. hopefully more of these soon..🤤

Wednesday, September 9, 2020

Kejayaan tidak akan datang bergolek

Bismillahirrahmanirrahim...


Ingin aku menyingkap kata-kata yang seringkali kita dengar, iaitu... "jika kita ingin menjadi seperti seseorang itu, boleh sahaja, cuma kita tidak mahu." Benarkah sekadar tidak mahu? Jika kita lihat ramai manusia berjaya di luar sana, kejar mencari ilmu, mengapa kita tidak mahu? Semak rasanya di benak fikiran jika terlalu banyak berfikir negatif. Bagiku, kejayaan tidak akan datang bergolek, semua perlukan kegigihan dan juga pengorbanan. Seseorang yang jatuh lalu bangkit semula dengan kecekalan hidup yang kuat, itulah mereka yang berjaya. 


Kita tidak akan merasa bagaimana sakitnya terjatuh itu jika bukan kita sendiri yang mengalaminya. Hidup ini banyak ranjau berduri. Untuk berada di atas, ianya bukan mudah. Usahlah kita berkata, jika aku mahu, boleh sahaja. Usahakan, bukan sekadar kata-kata. Jika aku berhujah aku ingin menjadi seorang menteri (contoh), usaha, bukan hanya ucapan di bibir sahaja.


Semoga kita semua bukan sahaja berjaya di dunia, tidak lupa di akhirat kelak...


Selamat malam dunia....

Thursday, March 19, 2020

Covid19

Ya Covid19, keranamu..
Kami kenal erti kesengsaraan.
Kami kenal erti perpaduan.
Kami kenal erti kesakitan.
Kami kenal erti kematian.


Islam kan indah dan mudah.
Benar segalanya datang dariNya.
Bukankah manusia diberi akal?
Ayuh kita mengorak langkah.


Saya pasti, ada penawarnya.
Marilah dunia, usah kita leka.
Jika kita semua bersatu, 
Pasti benteng pertahanan akan padu.


Benar hidup hanya sekali.
Ayuh, kita semua bersatu hati.
Pasti penyakit dapat dikurangi.
Kasihani petugas kesihatan kami.


- H.H., Mac 2020

Thursday, April 25, 2019

Coretan semasa bertugas


"Hati yang dahulunya kosong, kini seakan menemui sinaran baharu. Keindahan sang suria di pagi hari seakan membuka lembaran. Adakah ini jawapan dariMu, ya Allah?"

Wednesday, November 14, 2018

Warkah buat Sahabat

Warkah buat Sahabat




Sahabat, kita mungkin tidak berapa rapat.
Tetapi kehadiranmu punya impak padaku.
Bukan setahun dua tetapi sejak bangku sekolah.
Kamu seorang yang petah dan periang orangnya.
Senda guraumu mudah buat kami terhibur.



Selepas persekolahan jarak memisahkan persahabatan.
Dengan adanya media sosial, kami berhubung semula.
Usia kita juga sudah meningkat dewasa,
Dikau sudah punya keluarga dan anak-anak yang comel.
Bertahun berhubung, kamu senantiasa ada ketika diperlukan.



Kamu tidak putus memberiku semangat dengan cara tersendiri.
Tatkala jiwa ini rapuh, kamu ada membantu memulihkannya.
Kamu amat tabah menghadapi segala dugaan hidupmu.
Kamu juga tidak melepaskan peluang membaca puisi-puisi ku

Pemergianmu amat mengejutkan kami semua.
Semoga dipermudahkan urusanmu di sana, sahabat.
Aku hanya mampu berdo'a, semoga keluargamu tabah.
Kami amat merindui dirimu.




Puisi ini khas buat sahabat kami, Hazimah. Kamu akan selalu dirindui..

Tuesday, April 16, 2013

aku terasa bagai nak mati

puisi syahdu ku kini kembali,
menghayati kisah hidup mati,
entah peristiwa apa yang jadi,
buat aku terasa bagai nak mati.


ibunda ayahanda ditinggal pergi,
relakanlah pemergian ku kali ini.
kekanda dan adinda jagalah diri,
usah terperdaya dengan duniawi.
buat yang tersayang, carilah ganti,
moga dirimu tidak kesepian nanti.


teman dan saudara, ku mohon pergi,
sematkanlah kenangan di dalam hati,
jangan ditangisi kehilangan ku ini,
bukankah berdo'a itu lebih bererti?


aku terasa bagai nak mati,
harta dunia tidak dibawa sekali,
sekadar kain kafan menyelimuti,
tinggallah aku di pusara ini,
badan tiada daya bergerak lagi,
lalu jasad ditanam, talqin dibacai