Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Thursday, August 7, 2025

Baldi dan gayung

Saya jenis yang kurang gemar memiliki baldi dan gayung di kamar mandi. Tetapi saya tetap mengadakan satu set di kamar mandi utama, tiada sebab cuma mungkin saya jarang menggunakannya. 



Namun, malam ini, berbeza sedikit.. mungkin kerana terlalu letih di tempat bertugas tadi, saya menginginkan suatu kelainan.. Allahuakbar, segar betul rasanya, mandi menggunakan gayung dan baldi ini..



Walaupun sesuatu perkara yang kecil tetapi ia dapat mengubah situasi.. semoga saya terus dapat gagahi perjalanan hidup ini.. insyaAllah.. 🤲

Monday, April 28, 2025

Liza Hanim - 28th year journey

Goosebumps..


I'm still having goosebumps till today..





I started following her journey since my primary school days, back then she was with Suria records. So happy manage to revive lots of memories with her lovely songs. Love it, sang along with most of it, I still memorise the lyrics 🤭. I remembered that I had sent Hari Raya greeting card to her too.. those were the days 🤣.






Met the lady in person last Saturday.
Humble and lovely as always.
Thank you for coming over, Liza! ❤️💚
Congratulations on the big blast!
Love your strong vocal, all the best!

Thursday, November 14, 2024

Ternyata aku lapar


Comel pula anak ini..🤗🤭🤭
Tetapi kata-kata dalam gambar ini, ada kebenarannya..




Tubuhku bergetar,
Jantungku berdebar,
Ku kira aku jatuh cinta,
Ternyata lapar... 🤣🤣




P.s...Usah salah anggap... hanya sekadar gurauan.. jika lapar, makan ye.. 🤤

Friday, November 8, 2024

Selasih ku sayang

This song has been stuck on my head and playing non stop hahahaha...


Selasih ku sayang
(Ahmad Jais & Rafeah Buang)

Ku tanam selasih
Ku tanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Yang aku tinggalkan

Ku siram selasih
Ku siramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih aduh sayang
Lambang percintaan

Hai kencana dewi kasih yang ku rindu
Ku kenang selalu
Sayang moga tak kan layu
Cinta yang sejati kekal dan abadi

Hai cendana dewi kau tetap ku kenang
Janganlah kau bimbang
Sayang kau tetap kan pulang
Di sisiku sayang membawa harapan


----------------


Thanks to Abg Rudi for his post for the song video above, and apparently the song was played on Warna 94.2 FM too after maghrib yesterday hahahahah, what a coincidence. I've always got a thing for classic songs.. And I can't stop listening to it.. 😆😆😆


I love the words (lyrics/ puisi) as usual. 😍

Monday, October 28, 2024

Seringkali

Seringkali kita mencintai...
Tetapi kita lupa untuk dicintai...










Maksud yang sangat mendalam.
Ayuh kita rungkaikan...

Friday, September 20, 2024

Rindu akan kota-kota tersebut




Rindu akan kota Kuala Lumpur 
Rindu akan kota London
Rindu akan kota Makkah




Ya Allah, di hari jumaat ini, aku memohon, permudahkanlah urusan ku.
Murahkan rezeki ku..
Amin... 🤲🤲🤲

Monday, December 11, 2023

Penutup tahun 2023

Bismillahirrahmanirrahim..


Rasanya macam dah lama aku tidak bersembang di sini. Mungkin kerana terlalu sibuk, sibuk dengan pekerjaan dan bermacam lagi.. Namun, selagi ada yang masih sudi membaca, aku akan terus menulis...


Alhamdulillah, banyak perkara yang berlaku pada tahun ini. Tahun yang amat sukar dan mencabar bagiku, walau bagaimanapun, hidup harus diteruskan, selagi ada nyawa yang dipinjamkan.. Aku akan terus kuat, InsyaAllah.. terima kasih kepada semua yang terus memberi semangat tidak kira di mana jua anda berada. 💪 Aku amat terharu dan bersyukur... semoga Allah membalas jasa-jasa kalian...



Gambar di bawah sebagai perhiasan sahaja.. gambar dipetik di Jewel @ Lapangan Terbang Changi.



Senyum. Kerna senyuman itu sesuatu yang bisa membangkitkan segala kekecewaan yang ada. 😁


Semoga tahun yang akan datang, akan lebih baik untuk semua. Moga kita dapat membuka lembaran yang baru dengan penuh kekuatan.. Ramadhan akan tiba juga tidak lama lagi.. InsyaAllah! 🤲


Sehingga di lain kesempatan...
Selamat maju jaya untuk semua.


Salam sayang...

H.H.,
Disember 2023

Wednesday, August 9, 2023

Dirgahayu Singapura!


Selamat ulangtahun buat negara kami, Singapura! 


Saya sempat berbasikal buat seketika, di sekeliling daerah perumahan saya untuk menyaksikan berikut..



Sungguh menakjubkan!


Walaupun beriadah untuk seketika, namun yang penting ia dapat mengeluarkan sedikit peluh.. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit bukan? Semoga dapat diteruskan usaha ini... 💪💪

Thursday, October 7, 2021

Masa berdetik

Detik waktu berjalan sungguh pantas sekali..
Allahuakbar.. tinggal dalam 2 bulan lebih memasuki tahun baharu. Masa, penat aku berlari.. semoga sempat melakukan apa sahaja yang perlu sebelum terlewat.. InsyaAllah. 




Gambar di atas dari sarapan pagi beberapa minggu yang lalu.. alhamdulillah, a time well spent.. hopefully more of these soon..🤤

Saturday, September 4, 2021

Senandung Hidup - J. Mizan

Bila hati dalam kesedihan
Bila diri rasa kesunyian
Mengapa itu harus kau kesalkan
Jangan pula kau tangiskan.


Tiada insan yang tetap sempurna
Tiada pula yang terus derita
Hidup ibarat berputarnya roda
Ambil itu untuk renungan.


Hidup ini suatu perjuangan
Perlukan pengorbanan
Jangan kesal bila kau kecundang
Anggap itu bukan penghalang.


Bila jaya usah engkau lupa
Bila gagal usah kau kecewa
Berjaya bukan tanda bahagia
Gagal tidak arti derita.


Hidup ini suatu perjuangan
Perlukan pengorbanan
Jangan kesal bila kau kecundang
Anggap itu bukan penghalang.


Lagu: J. Mizan
Lirik: Puan Suharti Ali (mantan juruhebah Warna 942 FM)


--------------------


Sebuah karya yang bagiku amat menyentuh perasaan. Mungkin kerana aku ini berjiwa sentimental (hahaha 😅). Banyak kata-kata puitis yang boleh dijadikan teladan, sepanjang zaman. Terima kasih atas penyantunan ini, aku berkongsi lirik ini atas isinya yang sungguh mendalam. Ianya juga kerana beberapa hari lalu (atau mungkin semalam), aku terdengar wawancara antara dj Aura Shai bersama J. Mizan di radio Warna. 

Kata-kata yang paling terkesan ialah:
Berjaya bukan tanda bahagia,
Gagal tidak arti derita.
Ianya semua berbalik pada penilaian masing-masing. Kejayaan atau kegagalan semuanya tidak berpanjangan. Ayuh kita corak kehidupan yang lebih baik, InsyaAllah. 


Sehingga di lain kesempatan...


Salam ukhwah, 
H.H., 
Sep 2021.

Tuesday, August 31, 2021

Semalaman di akhir bulan Ogos


Seorang temanku pernah berkongsi zikir di atas. Allahu.. terima kasih ya teman, ianya banyak sekali membantuku. 



Dalam perjalanan hidup kita, banyak kali kita akan mengalami tekanan atau stress. Ianya datang dalam berbagai bentuk. Ada yang baik buat kita tetapi jika ianya terlalu lama, ianya bisa membuat kemudaratan. Semoga kita semua dilindungi sentiasa. Tekanan ada di mana-mana sahaja, terpulang pada kita untuk menenangkan diri atau fikiran. Usahlah kita membiarkan tekanan kita terbiar begitu sahaja. Banyak perkara yang bisa kita lakukan, salah satunya kembali kepada yang Maha Esa. Semoga kita terus istiqamah. 


Bagi saudara, keluarga dan juga teman-teman di seberang tambak, tidak terlambat sekiranya saya mengucapkan Salam Merdeka untuk hari ini, semoga Malaysia kembali pulih seperti sediakala. Amin.



Sehingga di lain kesempatan, 
Wassalam. 

Saturday, July 31, 2021

Daun ketupat kering


Daun ketupat kering

(Gambar sebagai perhiasan, aku meminta abahku membuat sebiji kelongsong ketupat dari Hari Raya Haji kelmarin, untuk disimpan)



Sebuah drama yang tidak asing lagi lakonan seniwati Fauziah Nawi dan Dato Rosyam Nor.

Tiap kali menonton drama ini, tidak terlepas untuk mengalirkan air mata. Walau sudah tahu perincian ceritanya dari awal hingga akhir, ia akan juga mencuit hatiku. Pastinya ramai yang berperasaan begitu juga, sama sepertiku. Setuju? 

Sunday, June 27, 2021

Semoga siap sedia dibawa pulang nanti

Akan tiba suatu ketika...
Pabila kita tidak akan lagi mengejar dunia,
Apa lagi yang ditinggalkan untuk ku di dunia ini.


Bila tiba waktunya, kita akan mengucapkan selamat tinggal. Diharapkan dengan cara yang baik dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.


Puas kita mengejar, puas kita berlari. 
Puas kita menakluki, puas kita tontoni.
Kehidupan yang penuh ketidak-adilan.
Kehidupan yang penuh tipu-daya.


Aku harap sisa-sisa kehidupan yang tinggal ini, dapat diamati dengan lebih baik.
Semoga bersiap sedia untuk di bawa pulang nanti.



Salam sejahtera,
H.H.,
Jun 2021.

Saturday, August 3, 2019

Buangkan sifat iri hati



Kata-kata memanglah mudah, tetapi sanggupkah kita? Subhanallah... semoga Allah sentiasa melindungi kita. Hidup ini bagaikan lautan, pasang surutnya silih berganti. Aku sentiasa berpegang teguh akan kata-kata di mana, jika ingin berjaya, mula dari bawah, kerja keras dan punya impian. InsyaAllah, jika itu rezeki kita, ianya akan menjadi milik kita. Alhamdulillah ianya selalu menjadi semangat dan pendorong hidupku. Kehidupan ini jangan mengharapkan orang lain, jika itu apa yang kita inginkan, usahalah. Kesenangan tidak akan datang bergolek. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tidak kira dalam apa jua, kewangan, ilmu, dan banyak lagi. 

Tuesday, May 28, 2019

Terlena seketika

Sedetik lalu, aku terlena seketika kerana waktu rehat (jika hari-hari biasa, waktu makan tengahari). Aku musykil.. mengapakah sewaktu kita terlena seketika (nap), mimpi yang datang itu sesuatu yang tidak masuk akal. Ada kalanya, aku mencari apakah kesudahan mimpi itu, mahu sahaja aku sambung dibuaian mimpi. Tetapi tiba-tiba... jam loceng pun berbunyi! Hahaha. Salam zohor kepada semua, semoga dipermudahkan urusan pada malam-malam terakhir ramadhan ini.. InsyaAllah!


Gambar sebagai hiasan kepul-kepul awan yang sangat indah dipetik semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur beberapa minggu lepas.

Friday, May 3, 2019

Ramadhan 2019

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa (shaum) kepada semua ummat Islam di dunia, semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Semoga juga dipermudahkan segala amalan di bulan yang mulia ini..




Gambar dipetik semasa di Balerang Batam tahun lepas..

Thursday, April 25, 2019

Coretan semasa bertugas


"Hati yang dahulunya kosong, kini seakan menemui sinaran baharu. Keindahan sang suria di pagi hari seakan membuka lembaran. Adakah ini jawapan dariMu, ya Allah?"

Monday, April 15, 2019

Nikmat hanya sementara

Nikmat yang Allah beri kepada manusia ini hanya sementara. Jika Dia kehendaki untuk mengambilnya walau buat seketika, kita akan rasa terkapai-kapai. Apakan pula jika Dia mengambilnya buat selamanya. Ya Allah, berikanlah aku kesihatan yang baik, pulihkan aku. Begitu juga untuk sahabatku Juwita, serta saudaraku kak Wiyah. Semoga semua dipulihkan dari ujian dan kesakitan masing-masing.. InsyaAllah..

Tuesday, April 9, 2019

Penawar di penghujung jalan


Kadangkala kita akan terasa hidup ini bosan, seperti tiada penghujung. Ibarat angsa kelabu di atas hanya memerhati teman-teman yang lain merentasi tasik ini.. Adakah kita juga, hanya ingin memerhati atau sebaliknya merentasi bersama? Keputusan di tangan kita, namun Allah yang menentukan, wallahu'alam. 

Thursday, April 4, 2019

Nilai kehidupan

Jika bicara tentang penilaian.. mungkin kita selalu disalah-ertikan.. Jika orang memandang kita seperti tidak mampu mempunyai kemewahan sebagaimana mereka, semoga Allah memberi petunjuk kepadamu..





P.S. jika seseorang menilai kita seperti kita mengharapkan rezeki itu datang dari mereka (manusia), maaf.. mungkin kamu silap. Hidup kamu mungkin masih jauh lagi, jika kita berada di atas, selalulah melihat ke bawah, bukan apa, takut-takut jika terjatuh, tersungkur teruk nanti.. wallahu'alam..



H.H., 2019