Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Thursday, August 7, 2025

Baldi dan gayung

Saya jenis yang kurang gemar memiliki baldi dan gayung di kamar mandi. Tetapi saya tetap mengadakan satu set di kamar mandi utama, tiada sebab cuma mungkin saya jarang menggunakannya. 



Namun, malam ini, berbeza sedikit.. mungkin kerana terlalu letih di tempat bertugas tadi, saya menginginkan suatu kelainan.. Allahuakbar, segar betul rasanya, mandi menggunakan gayung dan baldi ini..



Walaupun sesuatu perkara yang kecil tetapi ia dapat mengubah situasi.. semoga saya terus dapat gagahi perjalanan hidup ini.. insyaAllah.. 🤲

Monday, April 28, 2025

Liza Hanim - 28th year journey

Goosebumps..


I'm still having goosebumps till today..





I started following her journey since my primary school days, back then she was with Suria records. So happy manage to revive lots of memories with her lovely songs. Love it, sang along with most of it, I still memorise the lyrics 🤭. I remembered that I had sent Hari Raya greeting card to her too.. those were the days 🤣.






Met the lady in person last Saturday.
Humble and lovely as always.
Thank you for coming over, Liza! ❤️💚
Congratulations on the big blast!
Love your strong vocal, all the best!

Sunday, June 27, 2021

Semoga siap sedia dibawa pulang nanti

Akan tiba suatu ketika...
Pabila kita tidak akan lagi mengejar dunia,
Apa lagi yang ditinggalkan untuk ku di dunia ini.


Bila tiba waktunya, kita akan mengucapkan selamat tinggal. Diharapkan dengan cara yang baik dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.


Puas kita mengejar, puas kita berlari. 
Puas kita menakluki, puas kita tontoni.
Kehidupan yang penuh ketidak-adilan.
Kehidupan yang penuh tipu-daya.


Aku harap sisa-sisa kehidupan yang tinggal ini, dapat diamati dengan lebih baik.
Semoga bersiap sedia untuk di bawa pulang nanti.



Salam sejahtera,
H.H.,
Jun 2021.

Thursday, December 5, 2019

Mimpi, mengimbau kenangan


Bismillahirrahmanirrahim..


Setelah sekian lama hamba tidak berhujah di sini, hamba banyak berdiam diri, sedikit penat mungkin.. Tiba-tiba terdetik semangat untuk menulis hari ini. Bukan apa, rindu hendak meluahkan kata-kata. 


Pertama sekali, hamba ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga salah seorang penyanyi pujaan hamba iaitu Nassier Wahab, innalillahi wa innalillahi rojiun.. semoga segala amalannya diterima... sedih, sayup..


Kedua, hamba terkesan dengan mimpi semalam. Entah mengapa hamba terkenang keluarga sebelah ibu hamba, mungkin hamba rindu mereka... Mereka yang ada, mahupun yang tidak, hamba mimpi berjumpa, makan bersama, berjalan dan melancong bersama. Semoga kamu semua tenang di alam sana. Terlalu rindu sampai bawa ke mimpi. Dalam mimpi tersebut, hamba ada juga termimpi makan nasi kerabu🤪🤪🤪. Itu pun hamba rindu juga!


Sampai di sini sahaja celoteh hamba untuk kali ini. Semoga semua yang membaca, diberi kemudahan, kesihatan yang berpanjangan. Salam Ukhwah dari hamba.

Friday, May 3, 2019

Ramadhan 2019

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa (shaum) kepada semua ummat Islam di dunia, semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Semoga juga dipermudahkan segala amalan di bulan yang mulia ini..




Gambar dipetik semasa di Balerang Batam tahun lepas..

Wednesday, November 14, 2018

Warkah buat Sahabat

Warkah buat Sahabat




Sahabat, kita mungkin tidak berapa rapat.
Tetapi kehadiranmu punya impak padaku.
Bukan setahun dua tetapi sejak bangku sekolah.
Kamu seorang yang petah dan periang orangnya.
Senda guraumu mudah buat kami terhibur.



Selepas persekolahan jarak memisahkan persahabatan.
Dengan adanya media sosial, kami berhubung semula.
Usia kita juga sudah meningkat dewasa,
Dikau sudah punya keluarga dan anak-anak yang comel.
Bertahun berhubung, kamu senantiasa ada ketika diperlukan.



Kamu tidak putus memberiku semangat dengan cara tersendiri.
Tatkala jiwa ini rapuh, kamu ada membantu memulihkannya.
Kamu amat tabah menghadapi segala dugaan hidupmu.
Kamu juga tidak melepaskan peluang membaca puisi-puisi ku

Pemergianmu amat mengejutkan kami semua.
Semoga dipermudahkan urusanmu di sana, sahabat.
Aku hanya mampu berdo'a, semoga keluargamu tabah.
Kami amat merindui dirimu.




Puisi ini khas buat sahabat kami, Hazimah. Kamu akan selalu dirindui..

Friday, March 9, 2018

Cempedak goreng

Waktu-waktu begini... hidungku tiba-tiba terhidu bau cempedak goreng. Agaknya ada orang yang menggoreng cempedak tatkala pagi-pagi buta ini? Hmmmm..🤔

Monday, March 27, 2017

Alhamdulillah, kami sudah pulang

Subhanallah... rindu sangat rasanya.

Teruja tak terkira... rezeki buat kami sekeluarga.. Alhamdulillah dijemput..

Dah seminggu kami pulang.. tetapi masih rasa getarannya. Beginilah rasanya, sekarang baru hamba faham...


Gambar dipetik sewaktu di Makkah,
15 Mac 2017

Friday, March 10, 2017

Sebentar lagi kami akan pergi

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebentar lagi kami akan berangkat ke tanah suci... do'akan hamba dan keluarga ya? Kami akan berpergian berlima.. semoga perjalanan hamba dan keluarga dipermudahkan. Amin..

Friday, February 3, 2017

Aiskrim mahal

Sekali sekala makan aiskrim mahal.. apa salahnya, tetapi memang sedap. Aku dah lama minat dengan aiskrim ini, malangnya makin hari makin banyak cawangannya yang ditutup. Mungkin sebab sewa kedainya mahal atau tidak banyak pelanggan. Atau senang cakap, mungkin harga aiskrimnya terlalu mahal sangat. Apapun. Janganlah sampai tutup di seluruh Singapura ok!

Saturday, November 7, 2015

Coretan puisi bulan November

Awan itu.
Berkepul-kepul bentuknya,
Apakah benar yang dinilai mata kita?

Sukar.
Permainan mata menusuk di minda.
Mengapa terjadi sekian rupa?

Satu hari.
Pabila dipejam mata selamanya,
Adakah lagi yang akan mengenang?

Hakikat.
Selagi bisa keringat diperlunya.
Usah dilupakan agar tidak kecewa.

Terbang.
Bagai sang helang tuju awan jua.
Ke mana agaknya hala manusia?



- H.H., Nov15
hafiza85.blogspot.com
[Kata madah puisi pujangga]

Wednesday, October 7, 2015

Pedas pedas sahaja

Kebelakangan ini tekak ku rasa ingin makan yang pedas-pedas sahaja. Hingga kan pedas itu menusuk masuk ke dalam tekak. Hehe.. Cari pasal agaknya... 😉

Tuesday, October 6, 2015

Acceptance = penerimaan

Kadangkala dalam perbincangan, kita mungkin terlepas kata-kata ataupun terlepas pandang.. Mungkin ramai tidak tahu diri kita sebenarnya.. Banyak kelemahan dalam diri ini. Ada kalanya tidak ramai boleh menerima diri kita. Acceptance atau penerimaan secara sepenuhnya dari seseorang itu, tidak mudah. Tiada siapa dapat terima kita sepenuhnya selain dari diri kita sendiri.




Dalam hidup ini terlalu banyak berkemungkinan... Aku takut.. Sangat takut..

Monday, September 7, 2015

Tentang apa?

Baru-baru ini banyak perubahan di sekitar tempat bertugas, kerana bagi mereka kita kurang 'bekerja'. Bagi semua nombor memainkan peranan yang amat besar.. Kuantitas lebih dipertikaikan dari kualitas. Tiada guna berada di atas dalam kualitas kerana tiada yang akan memandang kita. Inilah lumrah dunia.. Kadangkala rasa sahaja ingin mengundur, tapi apakan daya, masih memerlukan sangat. Mungkin suatu hari selepas perkara yang harus diselesaikan tamat.. Hanya mereka sahaja yang dapat dinaikkan, yang lain.. Siapalah kita.. Berserah sahajalah. Ada rezeki, insyaAllah. Dalam keadaan yang tidak berapa menentu, mungkin membuat aku lebih banyak memarahi dan bising terhadap orang lain.. Saat ini hanya mak sahaja yang bisa memahami. Semoga hati ini terus tabah...

Mohon maaf jika terkasar, terpaksa.. Atau ter- yang lain.. Berikut adalah lagu yang menemaniku saat ini...



Tentang rasa - Astrid


Aku tersesat,
Menuju hatimu,
Beri aku jalan yang indah,
Izinkan ku lepas penatku,
‘tuk sejenak lelap di bahumu...

Tuesday, May 19, 2015

Tampal 'koyok'

Kesian baby I... Kalau sakit, kita tampal koyok boleh?  Hehehe.. Buat sementara waktu, ini sahaja yang boleh dibuat.. Inilah akibat dilanggar lari, siapa kita nak claim? Kita berserah sahaja...

Monday, May 4, 2015

Jika kau tanya pada rembulan

Jika kau tanya pada rembulan,
Mengapa cahaya berseri-seri,
Nanti jawabnya kepadamu,
Kerna dikau cinta padaku...




Weeeeee~~~

Dan pabila hati ini, berdegap-degup... 😍😝

Monday, April 27, 2015

Si lancang kuning

Si lancang kuning, bila dihitung kembali, maksud lagu tersebut, baru dapat mengerti apa yang ingin disampaikan. Lancang kuning, seperti yang ada di gambar bukanlah membawa maksud lancang yang sebaliknya.. Lancang yang itu bermaksud yang kurang enak, atau bersifat negatif, contoh, "lancang sungguh mulut kamu.."

Nah..  Jika si lancang kuning ini berlayar malam, ke mana haluan hendak ia tuju... Ianya terpulang pada nakhoda kapal tersebut.

Hidup ini sebenarnya ialah sebuah pelayaran. Kita perlukan nakhoda untuk mengemudi pelayaran itu. Siapa nakhoda kita? Terpulang pada individu... Tidak semua punyai nakhoda yang sama. Kita sebagai anak kapal, harus memainkan peranan atau tanggungjawab yang diberikan. 

Nah.. Barulah dapat dilayarkan kapal itu dengan elok... Namun usah kita lupa, lautan itu ada gelora dan pasang surutnya. Seperti hidup juga, banyak pancaroba yang akan kita tempuhi. Semoga apa sahaja rintangan dapat diatasi dengan baiknya. InsyaAllah. 

Semoga bertemu di lain kesempatan. 
Salam sayang, 
H.H., April 2015

Sunday, March 8, 2015

Masa tidak menunggu manusia

Masa berlalu terlalu pantas.. Pejam celik sudah masuk bulan mac.. Banyak perubahan dan peningkatan alhamdulillah.. Beberapa bulan yang lalu ramai yang selamat melahirkan cahaya mata.. Alhamdulillah juga, tahniah kepada semua nya..

Oh ya...  Ramai yang menyangka aku sudah bertunang... Belum lagi lah, mungkin ramai yang terkeliru dengan gambar yang dipetik / dimuat-naik sewaktu majlis Diyana tempoh hari... Walau bagaimanapun, terima kasih atas do'anya.. InsyaAllah suatu hari nanti ye...

Tetapi teringat juga akan sebuah kata-kata, rahsia kan pertunangan, dan hebohkan pernikahan...  InsyaAllah akan datang... 😉 Jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki milikNya...


P.S. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Haron Salim Bachik. Innalillahi wa Innalillahi Rojiun..

Sunday, January 25, 2015

Selalu berkhayal

Tahun berganti bulan...
Alhamdulillah masuk sudah tahun yang baru, bulan yang baru... cepat sungguh masa berlalu...

Kebelakangan ini aku banyak kali berkhayal... aneh dan kadangkala takut rasanya... bukan tidak biasa berlaku,  dahulu pun khayal juga, tetapi menyeramkan... tak bagus jika selalu sangat berkhayal.. Mungkin terlalu banyak berfikir, mungkin juga banyak yang dalam perancangan...

Ramai yang menasihatiku agar jangan terlalu banyak berkhayal... haiz.. mcmane yer???