Dalam diri seseorang itu acap kalinya ilham sentiasa datang tiba-tiba. Disebabkan itulah ramai penulis, pengubah dan sebagainya sering capai pena atau telefon bimbit lalu rakamkan segala yang tiba... bukan mudah tugasnya. Seperti aku juga, yang tatkala ini seakan ketandusan ilham, mungkin kurang berfikir atau mungkin juga tidak mahu berfikir.. namun alhamdulillah, kadangkala sesuatu yang kecil tercetus di minda masih lagi aku akan merakamkannya dengan pantas. Kadangkala akan ku biarkan sahaja ilham itu ditelan di minda atau kata-kata. Kerna ilham itu jarang datang buat kali kedua. Aku juga suka berbual dengan teman atau sanak-saudara, melalui perbualan atau pengalaman banyak juga yang dapat diraih, bukan istilah 'kepo', tetapi prihatin akan keadaan sekeliling... Wallahualam.
Di sini aku juga mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Naim Daipi, walaupun tidak mengenalinya secara peribadi, aku ada mengikuti perkembangannya. Dan sentiasa terpegun dengan kata-katanya, innalillahi wa innalillahi rojiun.
Sehingga di lain kesempatan, salam sayang buat semua.. semoga menjalani hari-hari mendatang dengan lebih tenang, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment