Jika kita dalam keadaan gembira kemungkinan untuk kita bersedih amat kecil sekali... walau dengan lagu sedih mahupun peristiwa sedih... kadangkala dengan sikap tidak ambil endah dengan keadaan sekeliling juga boleh membuat kita seperti tiada kaitan dengan dunia ini... Lantas... permainan perasaan ni.. kadangkala membuat diri kita bak putaran roda.. boleh gembira mahupun sedih dengan sekelip mata. Ada juga boleh terjadi seperti roda yang tidak bergerak... hairan? Usah bimbang.. ini semua mainan minda.. kita yang menakluki minda kita sendiri, bukan si A bukan juga si B.
Tempoh hari dari perbualan seorang teman, berkongsi tentang peristiwa sedih yang berkisahkan tentang kehilangan. Agak janggal jika seseorang tidak berkesedihan... namun perasaan bukanlah sesuatu yang mudah dipermainkan, lainlah kalau mereka itu pelakon yang hebat. Mungkin beliau itu masih dalam keadaan belum boleh menerima realiti.. kerana perasaan sedih itu mula menghantuinya selepas beberapa hari kemudian. Aku pasti ini adalah sesuatu yang bukan dibuat-buat.. kerna aku sendiri pernah mengalaminya... pelik tetapi itulah hakikat kehidupan sebenar...
Oh ya... oktober telah meninggalkan kita... cepat betul.. esok bulan zulhijjah juga akan pergi... selamat melangkah ke tahun yang baru..
No comments:
Post a Comment