Sunday, February 27, 2011

oh di bulan februari

26 Februari 2011


Akan ku mengingati tarikh yang tertera ini; seumur hidupku.
Walaupun perit, bara ini harusku telan jua.
Segala kenangan, pahit manis perjuangan kan ku semadikan.
Terima kasih kerana pernah melayari bahtera ini bersamaku.
Terima kasih pada keluargamu atas restu yang tidak terhingga.


Aku mengerti akan keikhlasan dirimu.
Tidak akan aku membenci dirimu.
Walaupun sakit mengenangkan keputusanmu.
Semoga ianya menjadi terbaik buat kau dan aku.
Mungkin tiada siapa yang akan memahami perpisahan ini.


Ketentuan Illahi, walaupun berat ku lalui.
Akan aku cuba menempuhi semua ini.
Keadaan akan jauh berbeza tanpamu.
Selamat tinggal,
duhai sayangku....


PS: Terima kasih di atas gambar yang terakhir kiriman darimu

No comments:

Post a Comment