Tuesday, April 16, 2013

aku terasa bagai nak mati

puisi syahdu ku kini kembali,
menghayati kisah hidup mati,
entah peristiwa apa yang jadi,
buat aku terasa bagai nak mati.


ibunda ayahanda ditinggal pergi,
relakanlah pemergian ku kali ini.
kekanda dan adinda jagalah diri,
usah terperdaya dengan duniawi.
buat yang tersayang, carilah ganti,
moga dirimu tidak kesepian nanti.


teman dan saudara, ku mohon pergi,
sematkanlah kenangan di dalam hati,
jangan ditangisi kehilangan ku ini,
bukankah berdo'a itu lebih bererti?


aku terasa bagai nak mati,
harta dunia tidak dibawa sekali,
sekadar kain kafan menyelimuti,
tinggallah aku di pusara ini,
badan tiada daya bergerak lagi,
lalu jasad ditanam, talqin dibacai

Monday, April 1, 2013

bukan menghilang tetapi menyepi

kejam celik kejam celik da masuk bulan april... cepat betul masa berlalu..


aku ni dah seminggu bercuti, pagi nanti da masuk bertugas balik... waduhhh, mendak sungguh rasanya... macam tak puas gitu.. dan aku juga da lama tak 'blogging', bukan apa, beristirehat sahaja... simpan dulu karya-karya dan ilham-ilham yang ada... insyaAllah tiba waktunya nanti akan kembali 'aktif' ke ruang ini... bukan merajuk pun, tak perlu risau ya... ;)