Thursday, December 5, 2019

Mimpi, mengimbau kenangan


Bismillahirrahmanirrahim..


Setelah sekian lama hamba tidak berhujah di sini, hamba banyak berdiam diri, sedikit penat mungkin.. Tiba-tiba terdetik semangat untuk menulis hari ini. Bukan apa, rindu hendak meluahkan kata-kata. 


Pertama sekali, hamba ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga salah seorang penyanyi pujaan hamba iaitu Nassier Wahab, innalillahi wa innalillahi rojiun.. semoga segala amalannya diterima... sedih, sayup..


Kedua, hamba terkesan dengan mimpi semalam. Entah mengapa hamba terkenang keluarga sebelah ibu hamba, mungkin hamba rindu mereka... Mereka yang ada, mahupun yang tidak, hamba mimpi berjumpa, makan bersama, berjalan dan melancong bersama. Semoga kamu semua tenang di alam sana. Terlalu rindu sampai bawa ke mimpi. Dalam mimpi tersebut, hamba ada juga termimpi makan nasi kerabu🤪🤪🤪. Itu pun hamba rindu juga!


Sampai di sini sahaja celoteh hamba untuk kali ini. Semoga semua yang membaca, diberi kemudahan, kesihatan yang berpanjangan. Salam Ukhwah dari hamba.