Friday, August 26, 2011

oh selamat tinggal ramadhan

Selamat tinggal ya Ramadhan,
Dikau akan sentiasa ku rindu,
Semoga berjumpa sekali lagi,
Alhamdulillah aku bangga tahun ini,
Dari mana datangnya semangat,
Hanya Engkau sahaja tahu,
Betapa jengkelnya diri,
Aku akur dan cekalkan hati,
Semoga dapat aku lalui,
Liku-liku onak yang berduri.


Semoga dipanjangkan usia untuk bertemu kembali.......

Tuesday, August 23, 2011

bulan kemaafan?

Lebaran ini bulan kemaafan? Hmmm... tak dapat rasanya diri memaafkanmu, mohonlah sahaja padaNya.

Sunday, August 21, 2011

teruslah

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
Teruskan berlari. Dan jangan pernah berhenti.

Tuesday, August 16, 2011

Jika suatu hari tatkala aku pergi

Jika suatu hari tatkala aku pergi..


Jangan bacakan surah Al-Fatihah,
Ucapkanlah Innalillah.

Jangan dibuat tahlil arwah,
Dalam solat ucapkanlah do'a.

Jangan dihiasi dapur dgn mewah,
Derma kan sahaja wang anda.

Jangan menghajikan gua,
Turuti sahaja ilmu jika ada.

Monday, August 15, 2011

no new clothes

This coming Eid, no new clothes, shawl or scarf for me cause I've lost my spirit for Syawal.


Lucky that it didn't break my spirit for Ramadhan.


Hmm.. now I understand why I'm not even excited for the Hari Raya song that has been aired since last week...

Sunday, August 14, 2011

6 peringkat cinta

Bagiku, cinta punya peringkat tersendiri:

1. Cinta pada agama - Tuhan, Rasul, dll
2. Cinta pada keluarga - ibubapa, adik-beradik, saudara jauh dan dekat
3. Cinta pada negara - semangat patriotik
4. Cinta pada bangsa - Melayuku, jati diriku
5. Cinta pada teman - sahabat yang bisa berkongsi tawa dan duka
6. Cinta pada si dia - seseorang yang masih belum ku jumpa


Peringkat yang tidak mengikut urutan, semuanya punyai kepentingan masing-masing....

Wednesday, August 3, 2011

Al-Baqarah Ayat 153

 ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِÙŠْÙ†َ آمَÙ†ُوا اسْتَعِÙŠْÙ†ُÙˆْا بِالصَّبْرِ Ùˆَ الصَّلاَØ©ِ Ø¥ِÙ†َّ اللهَ Ù…َعَ الصَّابِرِÙŠْÙ†


Maknanya: Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat; sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.