Saturday, September 4, 2021

Senandung Hidup - J. Mizan

Bila hati dalam kesedihan
Bila diri rasa kesunyian
Mengapa itu harus kau kesalkan
Jangan pula kau tangiskan.


Tiada insan yang tetap sempurna
Tiada pula yang terus derita
Hidup ibarat berputarnya roda
Ambil itu untuk renungan.


Hidup ini suatu perjuangan
Perlukan pengorbanan
Jangan kesal bila kau kecundang
Anggap itu bukan penghalang.


Bila jaya usah engkau lupa
Bila gagal usah kau kecewa
Berjaya bukan tanda bahagia
Gagal tidak arti derita.


Hidup ini suatu perjuangan
Perlukan pengorbanan
Jangan kesal bila kau kecundang
Anggap itu bukan penghalang.


Lagu: J. Mizan
Lirik: Puan Suharti Ali (mantan juruhebah Warna 942 FM)


--------------------


Sebuah karya yang bagiku amat menyentuh perasaan. Mungkin kerana aku ini berjiwa sentimental (hahaha 😅). Banyak kata-kata puitis yang boleh dijadikan teladan, sepanjang zaman. Terima kasih atas penyantunan ini, aku berkongsi lirik ini atas isinya yang sungguh mendalam. Ianya juga kerana beberapa hari lalu (atau mungkin semalam), aku terdengar wawancara antara dj Aura Shai bersama J. Mizan di radio Warna. 

Kata-kata yang paling terkesan ialah:
Berjaya bukan tanda bahagia,
Gagal tidak arti derita.
Ianya semua berbalik pada penilaian masing-masing. Kejayaan atau kegagalan semuanya tidak berpanjangan. Ayuh kita corak kehidupan yang lebih baik, InsyaAllah. 


Sehingga di lain kesempatan...


Salam ukhwah, 
H.H., 
Sep 2021.