Saturday, December 19, 2009

coretan disember

Di dalam kehidupan kita ini, sesebuah peluang itu selalunya hanya datang sekali sahaja.
Kadangkala cinta berada di depan mata, tetapi tidak dapat kita melihatnya.
Kadangkala cinta harus dicari hingga ke hujung dunia.
Kadangkala cinta memang tidak pernah wujud, tetapi si pasangan hanya mengikut rentak serta arus.
Di manakah potret cinta kita?

Perlukah kita mensia-siakan peluang yang sedia ada?
Mengapakah masih ramai yang menafikan perasaan mereka?
Adakah perasaan egois masih lagi membelenggu?

Aku sendiri tidak mengerti.... dan masih jua ingin memahami..
Keliru? Ya! Sudah pasti..

Apa guna bersama jika hanya untuk bersenda,
Apa guna kata-kata jika hanya di bibir saja,
Apa guna berazam jika tiada cita-cita.

Aku masih tidak mengerti..!!

Tolong terangiku dengan pancaran cahaya yang benar..
Aku takut akan kegelapan ini~

No comments:

Post a Comment