Thursday, August 28, 2014

Gemersik

Gemersik suara mengisi senja,
Alunan ombak hembusan pantai,
Adakah lagi esok untuk kita?
Tiada jawapan bagi si bijak pandai..


- H.H., Ogos 2014

Wednesday, August 27, 2014

Kenangan bersama mu kasih

Dah macam lagu umpama mimpi dalam mimpi dari Damasutra pula... hehehe... kenangan yang cukup manis... alhamdulillah... syukur tak terkata... terima kasih awak... 💖

Gambar di bawah ini dalam bahasa Inggeris... walau bagaimana pun ianya menggambarkan perasaan saya tika ini... jika dialih-bahasakan lebih kurang membawa maksud...
"Awak memberikan perasaan sepertimana yang tertulis di sebuah novel"

Indah bukan? Awwwww.... 😀


Salam sayang,
H.H.,
Ogos 2014

Wednesday, August 20, 2014

Lama tak dengar berita

Bismillah....



Setelah buat seketika menyepi dari bercerita tentang diri ini... kini aku kembali.. alhamdulillah... sakit yang ada telah beransur pulih... buat masa 24 jam yang lalu, aku tidak mengambil sebarang ubat.. syukur..


Aku juga bersyukur atas rezeki yang melimpah-ruah... lepas satu, satu... alhamdulillah... tidak terkata rasanya ucap syukur ke atas rezekiMu...


Banyak perkara yang berlaku... yang pahit mahupun yang manis... akan ku telan segalanya... sepertimana yang dikongsi temanku, Hidayah... "semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini, jika ianya semua indah belaka, bermakna Allah menguji sejauhmana ketaatan kita padaNya.."


Wallahualam..




Gambar di bawah petikan sewaktu matahari terbenam beberapa hari yang lalu... sungguh hebat kuasaMu...



Dan juga petikan gambar temanku dan diriku setelah sekian lama tidak bertemu...

Monday, August 11, 2014

Hope it will recover soon

Went to clinic earlier due to some injuries on my feet.. arghhh.. the left side seems to recover fast but the right one doesn't seems to.. can i sue the shoe brand for causing this..?  On Saturday the whole feet started to swollen.. but luckily it gets better yesterday... but still painful.

Aduh aduh.. mak sakit mak...

Friday, August 1, 2014

Kad hari raya

Terima kasih tak terhingga kepada adik-adik di tempat tugas. Terharu dengan kad-kad hari raya yang ditulis sendiri...

Harap maaf jika tidak membalasnya.

Wednesday, July 23, 2014

Solat Eid 1435H di padang @ khatib

بِسْمِ للَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم                               
                       

Persatuan Islam (Singapura) akan mengadakan Solat Eidul Fitri pada hari Isnin, 01 Syawal 1435H.

Tarikh: 28 Julai 2014
Jam: 8.30 pagi
Tempat: Lelapang berhadapan MRT Khatib
Tajuk Khutbah: Meneruskan semangat Ramadhan sepanjang zaman

Dengan segala hormatnya kami mengundang sekalian kaum muslimin dan muslimat.

P.S. Sila share dan sebarkan kepada teman-teman dan sanak-saudara anda...

Thursday, July 17, 2014

Perasaan bersalah sentiasa terngiang

Kenapa agaknya tiap kali bila termenung, sentiasa terungkap peristiwa kelmarin yang tidak kita ingin ingatkan. Suatu kesalahan yang pabila diingat kembali, sedih dan pilu jadinya. Rasa bodoh, marah dengan diri sendiri. Argh.. kenapa harus memori yang jahanam itu seringkali bermain di fikiran? Waduh... tolong lah hamba.. tolong lah... tolong pergi jangan kembali lagi...!

Sunday, July 13, 2014

Bunga dan lampu lap lip

Lawa tak? Design my our very own interior designer,  my younger brother... Ishaq.. Flowers from KL and Singapore.  Lights imported from Bangkok. Loves the lighting... so colourful... resembles our lives full of colours and characters... hahaha!


How's your ramadhan so far?
Mind has been quite tough... due to some personal reason... last year my asthma affected during fasting period.. this time round... haiz.. hopefully for a much better days in the next few weeks... feeling much more determined now.. please do keep me in your prayers..

Sunday, July 6, 2014

10 more days, InsyaAllah

InsyaAllah.... in 10 days.. alhamdulillah for all the patience... thanks to families,  friends and colleagues... I am pretty confident this time round.. if rezki is there, it won't go anywhere.



On another note... felt happy and grateful for being able to experience a new journey. Ramadhan in another country... alhamdulillah.
Photo: location of jalan TAR during ramadhan... which seems much more lively than geylang even during first few days of ramadhan. Of course due to majority muslim population... but I do missed geylang... haven't had a chance to walk around there yet this year.. soon InsyaAllah. Hope everyone is having a great month ahead.. stay healthy and drink lots of water...



With love,
H.H.,
July 2014,
Kuala Lumpur,
Malaysia.

Thursday, July 3, 2014

Cerpen Hari Raya - Tangisan Kegembiraan

Bergema suara di tabir fajar,
Mendayu irama takbir berlagu,
penuh syahdu...

Sayup alunan suara, begitulah rentak lagu yang dimainkan pada waktu itu. Lagu nyanyian asal Dikir Temasek, yang didendangkan semula, “nyaring sungguh suara pakcik.” “Terima kasih nak, suara itu milik sementara, sama seperti penglihatan pakcik.” Sedih aku memerhatikan pakcik itu buta rupanya. Tetapi dia punya suara yang amat merdu, tersentuh jiwa mendengarnya. “Apa nama pakcik?,” aku menyapa. “Panggil sahaja Pak Nan.” Pak Nan, seorang pemuzik jalanan yang mencari sesuap nasi di sebalik hiruk pikuk bazaar di geylang serai. Letih menunggu keluargaku yang terlalu asyik berbelanja di sekitar bazaar, aku duduk sebentar menemani Pak Nan bernyanyi sambil bermain accordionnya. Melihat keringat Pak Nan ini, menyedarkan aku, mengapa kita yang celik ini kadangkala terlupa bersyukur dengan segala kenikmatan yang diberi. Keteguhan Pak Nan berkerja keras demi mendapatkan habuan sehari-hari, menyentap perasaanku. “Termenung jauh yang...” suamiku menyapa, “Abang lihat tu...,” “hmm sedap sungguh alunan accordionnya, pandai dia bermain walaupun kurang sifatnya. Ayuh kita pulang, anak-anak kelihatan penat tu.” Sebelum pulang, aku memberikan sedikit sumbangan kepada Pak Nan. “Terima kasih nak, semoga murah rezeki kamu.” Suatu perasaan yang tidak dapat aku lupakan, melihat raut wajahnya mengingatkan aku akan seseorang.

Sejak kecil lagi, aku dilahirkan tanpa mengenal erti kasih seorang ayah, menurut ibuku ayah meninggal sebelum aku lahir. Dia sebatang kara menanggung kami adik-beradik, tanpa mengenal erti lelah, begitulah pengorbanan seorang ibu. Hmm teringat pula dengan ibu, “esok kita berbuka di rumah ibu, ya?” Suamiku mengangguk tanda setuju. Riang wajah ibu melihat cucu-cucu dan anak-menantunya di rumah. Raut wajah ibu kelihatan lelah sekali, kasihan. Sudah acap kali mengajaknya berpindah bersamaku tetapi seringkali menidakkannya. Ibu, memang tidak ingin menyusahkan anak-anaknya. Faham benar isi hatinya. “Ini rantai milik kamu,” ibuku menyapa. Rantai? Rantai pusaka jawabnya. “Dari siapa?” “Pemberian ayahmu.” Cantik juga rantai bersalut emas ini, ahh.. aku berikan sahaja pada Ana, anak perempuanku, sesuai sangat dengan wajahnya yang manis dan rambut ikal mayang, agak tidak sesuai untuk aku yang berhijab. Hari meniti hari, sudah tibanya hari-hari terakhir Ramadhan, kami sekeluarga termasuk ibu menuju ke bazaar geylang seperti biasa. Ingin sekali aku berjumpa dengan Pak Nan sekali lagi, puas aku mencarinya ke sana sini, hampa. Sewaktu perjalanan pulang aku terdengar bunyi accordion dendangan lagu dari jauh ku pohon maaf nyanyian asal Sudirman, tatkala itu jugalah ibu mengalirkan airmata. Aku bertanyakan mengapa, dia senyum lalu berkata matanya memasuki habuk, hmm seperti ada yang tidak kena. Sebelum perjalanan pulang, sempat aku berbual dengan Pak Nan, aku mengajaknya ke rumah sempena lebaran ini, dia mengangguk lantas aku memberikan alamatku kepadanya. Dalam perjalanan pulang, ibu kelihatan suram, tidak berkata walau sepatah pun, risau aku dibuatnya. Dan dengan ketibaan lebaran, aku sengaja tidak menghantar ibuku pulang ke rumahnya, dibawanya pulang ke rumahku sahaja. Walaupun agak janggal awalnya, ibu sudah bisa membiasakan diri. Malam itu sebelum mengejut ibu untuk bersahur, aku terdengar tangisan ibu, entah apa yang ditangiskan. Aku memberanikan diri menerjah biliknya, ternampak ibu bergegas melenyapkan airmatanya dan menyimpan sesuatu. Aku menyapanya lalu mengajaknya bersahur bersama.

Hari yang dinanti telah pun tiba, hari bersuka-ria, hari kemenangan, hari bermaaf-maafan. Seperti biasa, setelah solat eid bersama keluarga di padang, kami bergegas ke rumah kerana ramai tetamu yang bakal mengunjung tiba. Cuaca redup petang itu, angin juga sepoi-sepoi bahasa, ramai tetamu yang datang dan pergi, terdengar seseorang memberi salam, “Assalamualaikum”, aku menjawab lantas menjenguk ke jendela mendapati orang yang aku nanti-nantikan sudah tiba, Pak Nan! Tiba dengan baju kurung birunya, lega rasanya Pak Nan dapat mencari kediamanku, dia meminta tolong temannya menghantar. Aku mengajaknyake atas dan menghidangkan juada yang sedia ada. Ibu yang juga mengenakan baju kurung biru, yang sibuk melayani cucunya juga terkesima ketika melihat Pak Nan. Abang! Pak Nan tercari-cari suara itu menoleh lalu menerpa, Saodah? Terkejut aku dibuatnya, bagaimana Pak Nan mengenali ibu? Ibu terus melangkah ke arah Pak Nan lalu mengucup tangannya. Aku semakin hariran, dan tertanya-tanya. Ibu juga memanggil Ana, dan memberitahu Pak Nan, rantai pusaka itu masih disimpannya. Aku menjadi bingung, lantas Ibu menggenggam erat tanganku dan memeluk kami, sambil menyatakan ini ayah kamu nak.




Alhamdulillah cerpen ini telah disiarkan di Berita Minggu pada 27 Julai 2014....