Wednesday, June 29, 2022

Cinta oh cinta

Bismillahirrahmanirrahim..



Dari siang tadi, terlalu banyak yang aku fikirkan.. entah ya. Hati ini terlalu sakit. Ianya mengganggu otot-otot dan anggota badan kita yang lain.. ya Allah. 


Semoga aku diberi kekuatan!


Pabila di dalam stesen MRT tadi, aku membuka Spotify, dan lagu ini adalah lagu terakhir yang aku mendengar beberapa hari lalu. Dan pabila aku mendengar nya berulangkali lagi, sayup rasanya. 



Refleksi diri sewaktu dalam perjalanan tadi, sebenarnya terlalu banyak kasih sayang yang dapat aku curahkan.. tetapi sayangnya, seringkali tersilap. Mengapakah aku sering tersilap, adakah aku ini mudah untuk menerima.


Oh jodoh, di manakah diri mu...


Dapatkah aku mengecapi kebahagiaan dalam bercinta sebagaimana yang lain? 😫😫

Wednesday, May 4, 2022

Pening di Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim...


Pertama sekali aku ingin mengucapkan Taqaballahu minna waminkum ke atas kalian semua, semoga segala ibadah kita di bulan ramadhan lalu diterimaNya.. amin.



Hari pertama syawal semalam terasa sedikit kecoh, bukan kerna ramai tamu yang kunjung tiba, tetapi entahlah.. mungkin banyak yang mengganggu emosiku.




Aku rasa pening melihat telatah manusia dari segala sudut. Bagiku, jika sesuatu itu sering membuat kita seperti hilang akal, ada baiknya jika kita undurkan diri atau berhenti seketika. Rasanya tiada guna bertahan jika memendam kesakitannya setiap hari. Tiada apa yang dapat mengubah seseorang itu kecuali dirinya sendiri. 'Stop if you feel hurt, again and again.' Peringatan untuk diriku juga. 




Hai.. manusia, manusia...



Dalam banyak-banyak perbualan semalam, aku rasa ada 2 yang menyentuh hatiku.
Tiada lain hanya do'a yang dapat mereka titipkan untukku. Semoga aku terus diberikan kekuatan. InsyaAllah!



Sekian buat kali ini..

Sunday, May 1, 2022

Selamat Hari Raya 1443H


Bulan April berlalu pergi,
Syawal akan tiba tidak lama lagi,
Saya mengucapkan Salam Aidilfitri, 
Semoga amalan diterima nanti....


Salam hormat, salam ukhwah...

Yang ikhlas,
H.H., 
Mei 2022

Friday, April 8, 2022

A view that we have missed


A view that we have missed so much. Alhamdulillah for the ease of the travel border, we can now travel again. Although much more paperwork required for now, but better than nothing. Had a walk through the memory lane earlier, more to explore InsyaAllah tomorrow...

Saturday, March 26, 2022

Hari Raya Light Up 2022

And... alhamdulillah.. praise to be upon Him... the holy month of ramadhan is coming, pretty soon, InsyaAllah. Has always been looking forward.. the best month of the year!

Below are some photos taken from the Hari Raya Light Up 2022 at Geylang Serai yesterday night. And happy to hear about the bazaar availability for this year. Although it is a very small one.. thank you for making it happen!



Picture taken from the haig road bridge. 


Picture taken of the haig road bridge.



Till next time... Fiza sign off...
Wassalam.. 💚

Monday, January 17, 2022

When life seems a lil off track

Bismillahirrahmanirrahim...



I am back to the blogging arena.
The new year is here.
Alhamdulillah, last year has been quite a roller coaster ride..


But always remember, when life seems to be a little bit off the track, lets just look up to the sky. InsyaAllah all will be well. Till next time.


Signing off,
H.H.,
Jan 2022

Saturday, October 30, 2021

Away till further notice

Bismillahirrahmanirrahim...


I will be away from blogging at this moment, InsyaAllah will be back soon. Please do include me in all your prayers always. Amin..

Thursday, October 7, 2021

Masa berdetik

Detik waktu berjalan sungguh pantas sekali..
Allahuakbar.. tinggal dalam 2 bulan lebih memasuki tahun baharu. Masa, penat aku berlari.. semoga sempat melakukan apa sahaja yang perlu sebelum terlewat.. InsyaAllah. 




Gambar di atas dari sarapan pagi beberapa minggu yang lalu.. alhamdulillah, a time well spent.. hopefully more of these soon..🤤

Saturday, September 4, 2021

Senandung Hidup - J. Mizan

Bila hati dalam kesedihan
Bila diri rasa kesunyian
Mengapa itu harus kau kesalkan
Jangan pula kau tangiskan.


Tiada insan yang tetap sempurna
Tiada pula yang terus derita
Hidup ibarat berputarnya roda
Ambil itu untuk renungan.


Hidup ini suatu perjuangan
Perlukan pengorbanan
Jangan kesal bila kau kecundang
Anggap itu bukan penghalang.


Bila jaya usah engkau lupa
Bila gagal usah kau kecewa
Berjaya bukan tanda bahagia
Gagal tidak arti derita.


Hidup ini suatu perjuangan
Perlukan pengorbanan
Jangan kesal bila kau kecundang
Anggap itu bukan penghalang.


Lagu: J. Mizan
Lirik: Puan Suharti Ali (mantan juruhebah Warna 942 FM)


--------------------


Sebuah karya yang bagiku amat menyentuh perasaan. Mungkin kerana aku ini berjiwa sentimental (hahaha 😅). Banyak kata-kata puitis yang boleh dijadikan teladan, sepanjang zaman. Terima kasih atas penyantunan ini, aku berkongsi lirik ini atas isinya yang sungguh mendalam. Ianya juga kerana beberapa hari lalu (atau mungkin semalam), aku terdengar wawancara antara dj Aura Shai bersama J. Mizan di radio Warna. 

Kata-kata yang paling terkesan ialah:
Berjaya bukan tanda bahagia,
Gagal tidak arti derita.
Ianya semua berbalik pada penilaian masing-masing. Kejayaan atau kegagalan semuanya tidak berpanjangan. Ayuh kita corak kehidupan yang lebih baik, InsyaAllah. 


Sehingga di lain kesempatan...


Salam ukhwah, 
H.H., 
Sep 2021.

Tuesday, August 31, 2021

Semalaman di akhir bulan Ogos


Seorang temanku pernah berkongsi zikir di atas. Allahu.. terima kasih ya teman, ianya banyak sekali membantuku. 



Dalam perjalanan hidup kita, banyak kali kita akan mengalami tekanan atau stress. Ianya datang dalam berbagai bentuk. Ada yang baik buat kita tetapi jika ianya terlalu lama, ianya bisa membuat kemudaratan. Semoga kita semua dilindungi sentiasa. Tekanan ada di mana-mana sahaja, terpulang pada kita untuk menenangkan diri atau fikiran. Usahlah kita membiarkan tekanan kita terbiar begitu sahaja. Banyak perkara yang bisa kita lakukan, salah satunya kembali kepada yang Maha Esa. Semoga kita terus istiqamah. 


Bagi saudara, keluarga dan juga teman-teman di seberang tambak, tidak terlambat sekiranya saya mengucapkan Salam Merdeka untuk hari ini, semoga Malaysia kembali pulih seperti sediakala. Amin.



Sehingga di lain kesempatan, 
Wassalam.