dah lama rasanya aku tidak menulis di sini... bukan menghilang, tetapi berhenti berbicara buat sementara. alhamdulillah, fokus utama telah selamat diselesaikan, peperiksaan untuk akhir semester baru sahaja tamat hari isnin yang lalu, harap-harap lulus semuanya, insyaAllah segulung ijazah dalam genggaman, do'akan ya?
sekarang masanya untuk mengalihkan perhatian kepada sesuatu yang lebih penting iaitu pekerjaan dan alam percintaan? haha! bak lirik dalam lagu alleycats... ku cuba dan terus mencuba, mencapai suria... memang terlalu banyak tomahan dan cabaran yang dihadapi, namun apakan daya, perjalanan hidup ini harus diteruskan jua. aku bernasib baik masih punya keluarga yang sentiasa di belakangku, walaupun ribut melanda, mereka akan sentiasa menyokongku. tetapi kehidupan tidak semudah itu, terlalu banyak masalah yang aku hadapi sekarang ini (tidak dapat aku berkongsinya di sini kerna ianya cukup peribadi), sungguh berat rasanya tidak dapat aku terus memikul masalah ini seorang diri... ya Allah, berat sungguh dugaan yang diberi...
No comments:
Post a Comment