Friday, April 16, 2010

gembira semacam aje

Selamat hari jumaat semua~


Hari ni saya rasa macam gembira sangat, entah mengapa, tadi bangun pagi pun macam tak 'cranky' seperti hari-hari biasa.. hahaha mungkin sebab hari ini hari terakhir kerja untuk minggu ni, dan mungkin juga sebab saya gembira sangat hari ini ialah saya sudah selesaikan semua assignment untuk semester ini! yahooo!!!! perasaan lega yang teramat sangat.. Alhamdulillah, syukur.. sekarang ini perjuangan seturusnya ialah: PEPERIKSAAN.


Saya akan menduduki 3 kertas kesemuanya untuk semester ini, takut sudah pasti, tetapi berkat sokongan dan juga dorongan keluarga dan teman-teman tersayang, insyaAllah saya yakin saya akan dapat melepasi gerbang semester ini... teruskan do'akan yang terbaik untuk saya ok? (itulah yang sentiasa saya ucapkan kepada mereka.. heheh)


Oklah, sampai di sini sahaja buat kesempatan kali ini, sehingga kita bertemu lagi di lain kesempatan...


Salam sayang,
Dari hamba yang lemah.

No comments:

Post a Comment