Monday, January 25, 2010

apa akan kamu buat?

dalam perjalanan pulang ke rumah sebentar tadi... aku terlihat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bercumbuan... di sebelah rumahku!! ya Allah!! apa nak jadi...!! aku baru keluar dari lif menuju ke rumah, tiba-tiba terlihat pasangan itu... terkejut aku dibuatnya! ku sangkakan apa... rupa-rupanya mereka sedang berseronok... aku hanya terus berjalan menuju ke rumah, sampai sahaja di hadapan rumah, aku sengaja memberi salam dengan kuatnya.. kebetulan ibu dan adikku tidak mendengar ketibaanku, lalu aku terus mengeraskan suara salamku sekali lagi.. kemudian, si lelaki itu terus menuju ke lif dan memandang ke arahku.. hmmm rasa bersalah ye bang... si lelaki itu memakai pakaian seragam salah sebuah restoran makanan ringan.. tidak ku sangka perkara-perkara seperti ini masih lagi berlaku.. yang amat memalukan mereka itu pasangan MELAYU..!!

jika kamu berada di tempat aku sebentar tadi, apa yang akan kamu lakukan? fikirkanlah, wahai teman....

No comments:

Post a Comment