Sunday, January 10, 2021

Menangkah Cinta - Erra Fazira




Memang cinta pernah berbunga
Dengan dia yang sering memuja
Janji menyulam mimpi yang sama
Menikmati bahagia

Dalam detik berganti waktu
Musim terus berlalu pergi
Dia dan aku terus bersama
Namun terasa masih sendiri

Tapi kerana pasrah
Aku terus bertahan
Walau hati mula terluka
Dan janji dipersia

Jadi berhentilah mengharap
Untuk peroleh cinta dariku
Biar saja Dia tentukan
JalanNya bahagia dalam cinta

Menolak cinta kau beri
Bukan sebab aku membenci
Tapi hati ini
Sudah hilang rasa menyayangi

Tiada cinta ku dapat
Walau puas aku pertahan
Sangka cinta pasti menang
Menangkah cinta?

Tapi kerana pasrah
Aku terus bertahan
Walau hati mula terluka
Dan janji dipersia

Menolak cinta kau beri
Bukan sebab aku membenci
Tapi hati ini
Sudah hilang rasa menyayangi

Tiada cinta ku dapat
Walau puas aku pertahan
Sangka cinta pasti menang
Menangkah cinta?

Tiada cinta ku dapat
Walau puas aku pertahan
Sangka cinta pasti menang
Menangkah cinta?

Menangkah cinta?


Composed by Hafiz Hamidun
Lyrics by Iman Imran
Produced by Hafiz Hamidun


Monday, November 30, 2020

A mother's touch

Bismillahirrahmanirrahim...



The past 2 weeks have been very tough.. felt very week and tired.. the thought that it might not stop.. but I'm really really grateful.. alhamdulillah. Praise to be upon Him.. The sleepless nights.. Allahuakbar.. really hope this problem won't come again.. The moment I shared with my mum, the pain and flow somehow slowed down and eventually come to a stop.. the power of a mother's do'a and touch.. subhanallah...


May Allah bless my parents and grant us with the pink of health, InsyaAllah... 💚💚💚💚




On another note, Hello December! (In less than an hour's time)

Thursday, November 12, 2020

Food lover


Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah for a nice sunny weather today.. some sharing of a simple breakfast I prepared few days ago.. Ikan bilis fritters, aka jemput-jemput ikan bilis or cekodok. I love this simple dish, there are a lot of other choices, like banana, prawn, corn, etc. Simple dishes yet tasty. For those savoury ones, I will usually add some chilli padi to compliment it. Hehehehe 😜



Simple things in life that makes us happy. May the world heal soon from the Covid19. Amin...

Till then, goodbye 👋

Saturday, October 31, 2020

Give and take



Be it relationships, friendship, families.
I frankly believed this rule applies to all. May Allah protect us all, InsyaAllah....

Wednesday, October 21, 2020

Cahaya Malam Singapura



Sesekali... jika tidak dapat ke luar negara, kita menikmati cahaya gemerlapan di dalam negera kita... banyak sekali yang dapat kita jelajahi... Cuma aku kurang selesa jika tempat-tempat dipenuhi dengan ramai orang. Alhamdulillah, malam yang sangat nyaman, sempat aku memetik beberapa gambar sekadar kenangan..


Semoga keadaan kita kembali seperti sediakala secepatnya... amin.
Semoga cepat sembuh untuk semuanya.

Wednesday, September 9, 2020

Kejayaan tidak akan datang bergolek

Bismillahirrahmanirrahim...


Ingin aku menyingkap kata-kata yang seringkali kita dengar, iaitu... "jika kita ingin menjadi seperti seseorang itu, boleh sahaja, cuma kita tidak mahu." Benarkah sekadar tidak mahu? Jika kita lihat ramai manusia berjaya di luar sana, kejar mencari ilmu, mengapa kita tidak mahu? Semak rasanya di benak fikiran jika terlalu banyak berfikir negatif. Bagiku, kejayaan tidak akan datang bergolek, semua perlukan kegigihan dan juga pengorbanan. Seseorang yang jatuh lalu bangkit semula dengan kecekalan hidup yang kuat, itulah mereka yang berjaya. 


Kita tidak akan merasa bagaimana sakitnya terjatuh itu jika bukan kita sendiri yang mengalaminya. Hidup ini banyak ranjau berduri. Untuk berada di atas, ianya bukan mudah. Usahlah kita berkata, jika aku mahu, boleh sahaja. Usahakan, bukan sekadar kata-kata. Jika aku berhujah aku ingin menjadi seorang menteri (contoh), usaha, bukan hanya ucapan di bibir sahaja.


Semoga kita semua bukan sahaja berjaya di dunia, tidak lupa di akhirat kelak...


Selamat malam dunia....

Monday, August 31, 2020

Rindu melancong

Dengan wabak yang melanda sekarang ini, perkara yang sangat aku rindu adalah melancong, pastinya bukan aku seorang sahaja. Baharu beberapa hari yang lalu, aku mendapat berita tentang tiket penerbangan ku, alhamdulillah... rezeki tiada salah alamat. Servis yang senantiasa menyenangkan, terima kasih ya! InsyaAllah jika ada peluang, aku akan pergi kembali ke tempat yang dituju. Rindu ingin ke sana lagi. 




Tempoh hari terdengar lagu dari kumpulan Spring - Sejujur mana kata-kata di corong radio Warna. Sehingga kini, lagu itu terus bermain dimindaku... terlalu menusuk di kalbu, semoga dipermudahkan urusan ku.. mohon do'anya..






Berlalu sudah bulan Ogos, tinggal hanya empat purnama dalam tahun ini... masa, masa, masa....







Gambar berikut sebagai hiasan....


Saturday, August 15, 2020

Another walk around the nature


I walk/hike for about 2-3 km to and fro at Windsor Nature Park today. Started off after subuh, nice weather and love the sound of nature... I stop halfway through this journey, no stamina yet to continue. Hahaha. Let the rest continue theirs all the way up and they ended at MacRitchie. Alhamdulillah for today, syukur Ya Allah.

Tuesday, July 28, 2020

Rindu dengan Baitullah



Sebentar tadi, aku menonton rancangan Salam Baitullah 2020 di YouTube live.. subhanallah, tersentuh benar pabila alunan talbiyah berkumandang.. sayu, tidak terkata, lalu bergelinang airmata yang telah lama tersimpan... Allahuakbar... semoga semua yang diberi kesempatan menunaikan Haji tahun ini dilindungi dari apa jua penyakit.. mohon do'anya untuk kami semua di sini. Semoga semua berjalan lancar seperti yang dikehendaki...



Gambar dipetik semasa aku dan keluarga menunaikan Umrah... rindu sangat melihat ka'abah dikelilingi jutaan manusia..😥😥

Sunday, July 26, 2020

Covid19 ibarat peperangan

Pandemik #Covid19...
Aku ibaratkannya sebagai peperangan.
Perisai masih belum ditemui.
Hampir 16 juta tawanan.
Lebih 600 ribu nyawa tertewas.
Dan angkanya masih terus meningkat.


Tidak mengenal erti bangsa atau agama.
Tidak kira usia tua mahupun muda.
Sejarah terhebat abad ini.
Bagaimana untuk mengelakkannya?
Wallahu'alam.
Belum ditemui jawapan yang pasti.


Bak kata pepatah...
Kita merancang, Dia menentukan.
Kita mengelak, Dia bisa berikan.
Selamat melindungi diri sahabat...


- H.H., Julai 2020.