Sunday, January 10, 2021

Menangkah Cinta - Erra Fazira




Memang cinta pernah berbunga
Dengan dia yang sering memuja
Janji menyulam mimpi yang sama
Menikmati bahagia

Dalam detik berganti waktu
Musim terus berlalu pergi
Dia dan aku terus bersama
Namun terasa masih sendiri

Tapi kerana pasrah
Aku terus bertahan
Walau hati mula terluka
Dan janji dipersia

Jadi berhentilah mengharap
Untuk peroleh cinta dariku
Biar saja Dia tentukan
JalanNya bahagia dalam cinta

Menolak cinta kau beri
Bukan sebab aku membenci
Tapi hati ini
Sudah hilang rasa menyayangi

Tiada cinta ku dapat
Walau puas aku pertahan
Sangka cinta pasti menang
Menangkah cinta?

Tapi kerana pasrah
Aku terus bertahan
Walau hati mula terluka
Dan janji dipersia

Menolak cinta kau beri
Bukan sebab aku membenci
Tapi hati ini
Sudah hilang rasa menyayangi

Tiada cinta ku dapat
Walau puas aku pertahan
Sangka cinta pasti menang
Menangkah cinta?

Tiada cinta ku dapat
Walau puas aku pertahan
Sangka cinta pasti menang
Menangkah cinta?

Menangkah cinta?


Composed by Hafiz Hamidun
Lyrics by Iman Imran
Produced by Hafiz Hamidun



Bismillah...

Maaf jika lama tidak menulis di sini, bukan berdiam, tetapi mungkin tiada inti pati yang menarik untuk dikongsi. Sedar tak sedar, 2020 telah meninggalkan kita, dan 2021 telah masuk hari ke 10 hari ini. Alhamdulillah, cuaca yang sangat dingin menyeliputi tahun baru kita. Jarang sekali dapat merasakan musim sejuk ini buat masa yang lama, syukur. Sekadar berkongsi lagu yang kedengaran di radio Warna tempoh hari. Terkesan sekali dengan lirik lagunya... "sangka cinta pasti menang, menangkah cinta?" Berat sungguh soalan ini... semoga bulan-bulan mendatang kami akan lebih baik dari yang sudah. Bulan ramadhan tahun ini akan tiba agak awal juga, kurang dari 100 hari lagi.. semoga kita semua diberi kesihatan untuk menumpuhi segala dugaan yang ada. 

Salam Ukhwah,
H.H.,
Jan 2021.

No comments:

Post a Comment