Friday, May 22, 2020

Ramadhan dan Syawal 1441H


Malam ini terawih terakhir,
Jumaat terakhir bulan Ramadhan.
Dek kerana keadaan kali ini,
Kita tidak banyak keluar rumah.
Ibadah bersendiri/bersama keluarga.
Banyak natijah dalam kesukaran,
Berkerja, belajar bisa dilakukan.


Ramadhan dan Syawal (InsyaAllah) yang sangat istimewa.
Sukar menelan tetapi kita tempuhi jua,
Sepurnama ia bakal meninggalkan kita,
Sepurnama beribadah, tidak sibuk ke mana-mana,
Tiada bazaar untuk disinggah.
Inilah yang telah tertulis kita menerima.


Tahun ini tidak dapat berjumpa di padang.
Tahun ini tidak dapat bersua-muka,
Untuk menjamu selera, bermaafan.
Tahun ini rumah tidak dibuka menyambut tamu.


Usahlah hambar dengan keadaan ini,
Ayuh kita bersama menyambut kemenangan.
Tiada kunjung-mengunjung bukan bererti tiada Hari Raya.
Hari Raya tetap tiba untuk semua.
(Bak lagu Sweet September)


Moga segala amalan diterima.
Moga dipanjangkan usia bertemu semula.
Moga keadaan kembali seperti sediakala.
Salam Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.
Dengan iringan do'a Taqaballahu minna wa minkum.


~ H.H.,
Ramadhan 1441H
Mei 2020

No comments:

Post a Comment