Warkah buat Sahabat
Sahabat, kita mungkin tidak berapa rapat.
Tetapi kehadiranmu punya impak padaku.
Bukan setahun dua tetapi sejak bangku sekolah.
Kamu seorang yang petah dan periang orangnya.
Senda guraumu mudah buat kami terhibur.
Selepas persekolahan jarak memisahkan persahabatan.
Dengan adanya media sosial, kami berhubung semula.
Usia kita juga sudah meningkat dewasa,
Dikau sudah punya keluarga dan anak-anak yang comel.
Bertahun berhubung, kamu senantiasa ada ketika diperlukan.
Kamu tidak putus memberiku semangat dengan cara tersendiri.
Tatkala jiwa ini rapuh, kamu ada membantu memulihkannya.
Kamu amat tabah menghadapi segala dugaan hidupmu.
Kamu juga tidak melepaskan peluang membaca puisi-puisi ku
Pemergianmu amat mengejutkan kami semua.
Semoga dipermudahkan urusanmu di sana, sahabat.
Aku hanya mampu berdo'a, semoga keluargamu tabah.
Kami amat merindui dirimu.
Puisi ini khas buat sahabat kami, Hazimah. Kamu akan selalu dirindui..
No comments:
Post a Comment