Monday, June 4, 2018

Hari Raya Hari Mulia - Sanisah Huri

Selamat, selamat hari raya,
Bahagia di sepanjang masa,
Lupakan derita yang terpendam di hati mu,
Biarkan hilang gelisah, rasa sedih.

Sebulan, sebulan berpuasa,
Nikmat terasa selamanya.
Lapar dahaga, kukuhkan iman di dada.
Mohonlah kepadaNya.

Mari kita meraikan,
Hari yang mulia,
Bergembira bersama kawan,
Sanak saudara

Mari kita bersalam,
Dan bermaaf-maafan,
Untuk semua,
Juga ibu bapa yang tersayang.



P.S. sekadar berkongsi liriknya yang sempat saya taip di papan kekunci semasa mendengar lagu ini ke udara di radio Warna 94.2FM sebentar tadi. Salah sebuah lagu raya yang saya minati dan mencari di ruang Google tetapi tidak dapat jumpa informasi mengenainya. Mungkin ianya kurang diketahui ramai atau hanya selalu diputarkan di radio Singapura sahaja.

6 comments:

  1. Lagu ciptaan keseluruhannya baik melodi lirik dan susunan muzik oleh Allahyarham Kassim Masdor.Lagu hak milik MediaCorp.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas informasinya Tuan/Puan. Benar, lagu dan liriknya cukup baik. Sentiasa berlegar di minda semasa musim perayaan ini.

    ReplyDelete
  3. Sambungan catitan saya, Zulkifli, sekadar berkungsi…….
    Hari Yg Mulia adalah lagu hakcipta MediaCorp kerana ia terhasil melalui sebuah rancangan Hariraya terbitan radio Spura, kalau tak silap tahun 1984. Oleh sebab itu lagu ini tak pernah dimainkan di radio seberang tambak kerana ia tiada dalam bentuk vinyl atau CD, tetapi antara khazanah milik MediaCorp Spore.

    Rancangan khas Hariraya ini mengenengahkan lagu2 Hariraya ciptaan baru dan original dari pencipta2 tempatan. Artis2 lain yg dijemput termasuk Rozianah Baharuddin dan Allahyarham Ramon Rahmat. Biduanita Sanisah Huri menyanyikan 2lagu original termasuk sebuah lagu Hariraya duet bersama Allahyarham Ramon Rahmat. Kedua dua lagu ini kerap dimainkan oleh radio Warna.

    ReplyDelete
  4. Wow! Informasi yang cukup padat, Tuan Zulkifli.. sekarang baru saya memahami.. (baharu saya tahu - selama ini tanya orang-orang lama, ada yang kurang pasti) terima kasih sekali lagi. Lagu raya dari Ramon Rahmat juga menjadi pujaan saya, tetapi kurang sedikit disiarkan tahun ini, mungkin boleh cadangkan pihak Mediacorp untuk mengkompilasi lagu-lagu yang unik ini..

    ReplyDelete