Thursday, June 14, 2018

Hilang suara

Pada hari-hari terakhir ramadhan ini, aku diserang semput. Dan tatkala ini juga, suara ku sudah hampir tidak kedengaran, hehehe.. semoga disembuhkan sakit ku ini. Nasib juga aku sudah mula bercuti raya. Mungkin terlalu banyak berbicara, masa untuk merehatkan diri dan kurangkan berbual. Ramadhan akan berlalu pergi, mungkin sakit kerana sedih. Sedih ditinggalkan bulan yang mulia ini. Semoga diketemukan di ramadhan yang akan datang. Amin.





Saya mengakhiri dengan ucapan, taqaballahu minna wa minkum.

Monday, June 4, 2018

Hari Raya Hari Mulia - Sanisah Huri

Selamat, selamat hari raya,
Bahagia di sepanjang masa,
Lupakan derita yang terpendam di hati mu,
Biarkan hilang gelisah, rasa sedih.

Sebulan, sebulan berpuasa,
Nikmat terasa selamanya.
Lapar dahaga, kukuhkan iman di dada.
Mohonlah kepadaNya.

Mari kita meraikan,
Hari yang mulia,
Bergembira bersama kawan,
Sanak saudara

Mari kita bersalam,
Dan bermaaf-maafan,
Untuk semua,
Juga ibu bapa yang tersayang.



P.S. sekadar berkongsi liriknya yang sempat saya taip di papan kekunci semasa mendengar lagu ini ke udara di radio Warna 94.2FM sebentar tadi. Salah sebuah lagu raya yang saya minati dan mencari di ruang Google tetapi tidak dapat jumpa informasi mengenainya. Mungkin ianya kurang diketahui ramai atau hanya selalu diputarkan di radio Singapura sahaja.