Tuesday, November 11, 2014

Hidup bak cerita bersiri

Hidup ini ibarat cerita bersiri,
bukan filem wayang atau cerpen,
kita pengarah hidup ini,
kita juga penulis skripnya,
kita juga pelakon hidup di dunia.
Apa terjadi pada episod seterusnya,
dapatkah kita mencoraknya?
Ya, kita punya pilihan.
Namun takdir juga penentu.

Apakah cerita hidup kamu?
Tajuk apa yang sesuai?
Adakah ia bak Adam mencari Hawanya?
Mungkin terbelah hati dalam pencarian?
Atau sekadar mencari teduhan dalam berkasih?

Impian terkadang tidak seindah mimpi,
kehidupan yang dilalui dari lensa,
lensa kaca mata kita sendiri,
setiap kehidupan pasti tercari-cari...
Cari makna? Bukan itu sahaja,
apa tujuan hidup sebenarnya?

Ada yang hidup menanti mati,
apakah mati penamat cerita bersiri?
Entah.. aku sendiri belum pasti.
Ceritaku? Yang dicorak atau yang tercorak,
yang pasti ceritaku masih belum berakhir,
cerita sedih, pahit, manis atau seram,
semuanya bersatu, siapa penonton kita?
Kamu?! Ya, kamu di luar sana!
Moga pengarah ini tidak jemu mengarang.
Bercerita tentang kisah, kisah hati.

- H.H.,
09 Nov 2014

No comments:

Post a Comment