Ya Allah ya tuhanku.
Dengarkanlah rintihan hatiku ini.
Semakin lama kita bernyawa,
Mengapa ramai yang tidak sedarkan diri.
Semakin lama kita mendekatkan diri bersama kegiatan syaitan (na"uudzubillah min zalik),
Mengapa ramai yang terpedaya.
Semakin lama kita bernyawa,
Mengapa ada leka, yang alpa dengan keAgunganMu, kebesaranMu.
Aku bukan insan yang molek pekerti , seperti Rasulullah. (saw)
Namun aku pula tidak ingin mengikuti golongan musyrik, syirik dan yang seerti degannya.
Mengapa, Ya Allah..
Ramai yang mementingkan dunia yang fana ini daripada yang akan disaksikan nanti di akhirat?
Ada seorang insan, yang selama ini.. telah membenci aku ya Allah.
Dia membenci, kerana penampilan diriku.
Dia membenci, kerana kecemburuan.
Tidakku kira tentang semua itu, kerana, sebagai seorang muslim, semua "brothers & sisters".
Kepada si dia,
Ku menasihati dirimu wahai saudari,
Sebaik baiknya,
Cerminkanlah akhlakmu,
Sebelum kamu dicerminkan di hari kelak.
Mengapa aku menasihati dirimu?
Kerana, aku sayangi makhlukNya.
Allah maha Melihat,
Segala tindak tandukmu.
Bila bila masa,
Ku kan pergi,
Sebelum ku akhiri nota ini,
Terlebih dahulu, aku mohon maaf.
Kembalilah ke pangkal jalan.
Akanku memanjatkan seribu kesyukuran jika kamu membuat sedemikian.
Salaam.
Petikan puisi dari adikku, Nurulhuda. Teruskan berkarya, dik.. :)
No comments:
Post a Comment