Thursday, January 12, 2012

"selamat hari lahir"


Sebelum dimulakan hujah, ayuh kita meneliti hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk salah seorang dari kaum tersebut". (riwayat Abu Daud)

Kita sedia maklum bahawasanya meniup lilin dan memotong kek adalah sambutan golongan bangsa yahudi. Lalu mengapa harus kita sebagai umat Islam mengikuti ‘adat’ mereka?

Kebanyakkan golongan umat Islamyang kian hari kian lupa dek arus kemodenan. Sesuatu adat bersangkutan dengan agama tidak harus diikuti sama sekali. Mengapa harus ditiup lilin itu? Mengapa harus memotong kek itu? Kita fikir sejenak... sudah pasti ianya mempunyai maksud yang terselindung disebalik perbuatan-perbuatan tersebut.

Menurut Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, beliau menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah sesuatu yang kurang tepat kerana mengapa harus seseorang itu menyambut usia yang kian meningkat tua. Peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil atau sukar diperolehi. Seluruh umat manusia meningkat umurnya setiap tahun dan ia bukanlah suatu yang perlu disambut.

Ibu bapa kami telah lama melentur kami sekeluarga sejak kecil lagi untuk tidak menyambut ulang tahun kami. Bagi anak kecil, memang sukar untuk kami memahami ketika itu. Ramai teman-teman yang saban tahun menyambuti hari lahir mereka. Setelah meningkat dewasa, barulah kami dapat faham apa yang ingin ibu bapa kami didik.


Bagi pendapat aku, tidak salah sebenarnya menyambut hari lahir, akan tetapi... cukuplah sekadar memperingati hari tersebut dan bersyukur kerana kita masih punya waktu untuk terus menginsafi atas perbuatan-perbuatan kita yang telah lalu. Dan sebenarnya, kalau kita perhatikan semula, makin meningkat umur kita semakin "pendek" umur kita ke arah hari kematian kita... fikirkanlah

No comments:

Post a Comment