Wednesday, May 4, 2011

aku tetap diam

Aku tetapkan diam.
Entah mengapa tatkala sikapku mendiamkan diri dan tidak mengendahkan banyak perkara, ramai yang menegur dan ramai yang menginginkan 'fiza yang dulu.'


Fiza tidak berubah, cuma kurang berbicara sahaja. Kerna apa? Kerna aku tahu sewaktu aku terlalu banyak berkata-kata ramai yang rasa 'rimas' dengan kata-kataku. Jadi aku mengambil peluang ini untuk berdiam diri buat sementara.


Banyak perkara yang telah aku pelajari, aku tidak seperti aku yang dulu. Aku sedar itu, aku rasa perbezaan itu. Aku berubah untuk kebaikkan? Entahlah.. mungkin kamu semua bisa menjadi hakim untuk menilai baik-buruknya perubahan ini. Sikapku yang tidak mengambil endah tentang banyak perkara, sikapku yang membiarkan perkara berlalu di depanku dengan begitu sahaja, sikapku yang seperti patung tidak bernyawa... ahhh.


Cukuplah, aku telah banyak mengalah, jika aku inginkan fiza yang dulu, dan jika ramai yang merindukan fiza yang dulu, aku akan kembali. Suatu hari nanti, insyaAllah. Buat masa ini biarkan aku menyepi dan 'membawa diri' untuk sementara waktu.


Di Facebook pun aku telah banyak berubah. Selepas aku lihat semula 'posting-posting' yang lalu, aku rasa hidupku telah banyak dikongsi di sana. Kini aku hanya menggunakan Facebook kadangkala sahaja. Mengemaskini status hanya paling banyak seminggu dua (2) kali. Lain sangat dari fiza yang dulu, yang menggunakan Facebook setiap saat, setiap masa. Aku telah lama lalai dengan semua ini. Masanya untuk......

No comments:

Post a Comment