Dari Jabir ra, ia berkata, Nabi saw. pernah mengajarkan kami istikharah semua urusan (penting) sebagaimana beliau ajarkan kami surah Al-Qur'an, beliau bersabda, "Apabila seorang di antara kamu hendak mengerjakan suatu perkara (penting), hendaklah ia solat dua raka'at yang bukan fardhu, kemudian ucapkanlah Allahumma, ya Allah, sesungguhnya aku minta Engkau pilihkan yang baik dengan pengetahuanMu, dan aku minta kekuatan kepadaMu dengan kekuatanMu, dan aku minta kepadaMu kurniaMu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, kalau engkau mengetahui bahawa urusan ini baik bagiku, buat agamaku, kehidupanku dan buat hari kesudahanku - atau ia mengucapkan, 'Baik dalam urusan yang dunia mahupun akhirat' - maka berikanlah dia kepadaku. Jika Engkau sudah mengetahui bahawa urusan ini tidak baik bagiku buat agamaku dan penghidupanku dan hari penghabisanku - atau ia mengucapkan, 'Baik dalam urusan yang segera mahupun yang tidak' - maka palingkanlah dia dariku dan palingkanlah aku darinya, dan tentukan kepadaku kebaikkan itu, walau dimanapun adanya kemudian jadikanlah aku orang yang redha kepada (pemberian) itu.'
Kemudian menyebutkan apa yang dihajatinya."
(Fathul Bari XI: 183: no: 6382)
No comments:
Post a Comment