Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan akan muncul kembali

Alhamdulillah! Masa yang sangat sesuai untuk memperbanyakkan amalan, memohon kemaafan, merapatkan tali kekeluargaan dan banyak lagi kebaikkan yang terdapat dalam bulan ini.

Ayuh sama-sama kita menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.!

Berterawih berjema'ah, bertadarus Al-Qur'an adalah di antara sunnah Rasulullah s.a.w. yang dapat kita manfaatkan sepanjang bulan yang penuh barokah ini.



Acap kali aku berjanji pada diriku untuk memanfaatkan bulan ini.. namun dek kerana kesibukkan dunia.. seringkali aku terlupa.. insyaAllah tahun ini aku berharap ianya akan lebih baik dari tahun yang sudah. Aku akan lebih mengongkongkan diri ini, lebih banyak berdiam diri, kurangkan masa di media sosial dan ingin sekali aku mendalami ilmu tafsirku... insyaAllah! Aku berjanji akan membaca sekurang-kurangnya 5 ayat setiap hari. Illmu! Jika bukan diriku yang memulakannya dan melaksanakannya, sesungguhnya aku akan menjadi seorang yang RUGI! Tidak pernah sekali aku ingin dilabelkan sebegitu.


Semester sekolahku telah pun bermula sejak minggu lepas. Alhamdulillah, masih berdaya diri ini untuk meneruskan perjuangan itu... dengan sokongan keluarga & juga teman2 rapatku... aku yakin aku akan dapat berjaya kelak. Aku memang senantiasa merungut tetapi disebalik rungutan itu aku selalu mengingatkan diriku bahawasanya dalam setiap perjuangan ada kemenangan, walaupun kemenangan itu hanya sedikit namun kemanisannya akan dapat dirasakan buat selamanya...


Khas kepada semua pembaca blog ini: Aku mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Shaum (puasa), semoga segala amalan kita diterimaNya, insyaAllah.


Salam sayang,
fiza. H

No comments:

Post a Comment