Monday, December 16, 2013

Team bonding

When we work, we work hard. When we plau, we play harder... lol.!!

Although felt tired after the major exercise and a long day at work, it's been a while since the happiness strike me...

Good job to those who planned the activities and congrats to the blue team!! More activities to come, hopefully! 

Monday, December 2, 2013

Cinta dan kenangan

Apa yang akan disampaikan mungkin sekadar luahan perasaan yang kadangkala buat kita terkenang.

Sebenarnya dalam kehidupan ini tak pernah terlepas dari kenangan baik yang manis mahupun pahit. Setiap dari kita pasti punya kenangan tersendiri, ada yang akan mengongsi ada yang menyimpan dalam diri sendiri. Mungkin sesuatu yang paling besar memberi impak dalam diri kita ialah percintaan. Cinta dan kenangan tidak dipisahkan. Terpulang bagi yang membaca dan menilai, tidak semua yang memahami. Tidak semua akan lalui.

Adakah ini cinta....? :)

Friday, November 29, 2013

Ps3 Gta V addict

They say its better late then never... haha! Guess what? I'm starting to get addicted to this game.. yeah I do like the gta concept... never fails to entertain and wow me... even though never get to these things in real life muahahaha... joking! Love being able to drive different vehicles; motorbike,  airplane, luxury cars, etc... here's where our fantasy starts... can't wait for my next off day to play it the whole night!

Tuesday, November 26, 2013

It came back again

As much as I hate this sickness came by, I am very glad that I've been given the nebulizer. It's like you're given your life back.

MasyaAllah.... I'm so thankful with you,  ya Allah...

Saturday, November 23, 2013

Siapa kah gerangan di sana?

Bismillah...

Salam semua pembaca yang sudi mengambil masa untuk membaca cetusan hati dan ilham saya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pembacaan. Mungkin ada yang minat untuk mengikuti karya-karya ini. Tetapi siapa lah saya ini, hanya seorang hamba yang kerdil.

Jika ada yang sudi untuk berkongsi pendapat tentang cetusan hati dan ilham ku ini, jangan segan silu untuk menghubungi saya. Saya tunggu........ :D

Wednesday, November 13, 2013

Pening kepala saya

Beberapa hari ni, kepala pening sangat, tak tahan rasanya. Macam nak pitam pun ada, takut aje satu hari jatuh ke pengsan ke... waduh waduh.. pergi doktor mereka periksa lebih kurang dan cakap tidak ada apa2.. haiz...

Pening saya.
Saya pening.
Pening.
Pening.
Aduhhhhh...!

Saturday, November 9, 2013

Keep calm and buat bodoh

At times in life, the best thing to do is to keep quiet.  And let the journey go as what He has planned.



Bak kata pepatah dari lagu Nuradee:
Diam, bukan bererti ku salah, bukan bererti ku kalah, hanya mencari jawapan yang tiada..

Ps: sorry if this post has a mixture of both English and Malay.

Monday, November 4, 2013

Lakonan sandiwara dunia

Kita semua hanya pelakon sandiwara dunia... siapa di atas, siapa di bawah, hanya ketentuan Illahi...

Sunday, November 3, 2013

Ingin gembira? Senyum... :)

Jika kita dalam keadaan gembira kemungkinan untuk kita bersedih amat kecil sekali... walau dengan lagu sedih mahupun peristiwa sedih... kadangkala dengan sikap tidak ambil endah dengan keadaan sekeliling juga boleh membuat kita seperti tiada kaitan dengan dunia ini... Lantas... permainan perasaan ni.. kadangkala membuat diri kita bak putaran roda.. boleh gembira mahupun sedih dengan sekelip mata. Ada juga boleh terjadi seperti roda yang tidak bergerak... hairan? Usah bimbang.. ini semua mainan minda.. kita yang menakluki minda kita sendiri, bukan si A bukan juga si B.



Tempoh hari dari perbualan seorang teman, berkongsi tentang peristiwa sedih yang berkisahkan tentang kehilangan. Agak janggal jika seseorang tidak berkesedihan... namun perasaan bukanlah sesuatu yang mudah dipermainkan, lainlah kalau mereka itu pelakon yang hebat. Mungkin beliau itu masih dalam keadaan belum boleh menerima realiti.. kerana perasaan sedih itu mula menghantuinya selepas beberapa hari kemudian. Aku pasti ini adalah sesuatu yang bukan dibuat-buat.. kerna aku sendiri pernah mengalaminya... pelik tetapi itulah hakikat kehidupan sebenar...



Oh ya... oktober telah meninggalkan kita... cepat betul.. esok bulan zulhijjah juga akan pergi... selamat melangkah ke tahun yang baru..

Sunday, October 27, 2013

kerana ku bukan lagi milik mu

Kabut Serangkai Mawar - Zaiton Sameon

Serangkai mawar
yang kau kirimkan
dimimpi yang lalu
aku tak sanggup memandang padanya
kerana mu...
Hati yang luka
semakin berdarah
mungkin tak terubat
aku tak sanggup menahan pedihnya
memaksa ku terkaku duka...

Sampai hati kau
mempermainkan cinta suci ku
kau guris hati ku
lalu kau cuba membalutnya....

Tapi telah ku tahu akan maksud mu
hanya untuk melukakan semula
sebagaimana yang pernah kau lakukan
ku hanya satu diantara
kumpulan kupu kupu hiasan diri mu....

Sampai hati kau
mempermainkan cinta suci ku
kau guris hati ku
lalu kau cuba membalutnya....

Tapi telah ku tahu akan maksud mu
hanya untuk melukakan semula
sebagaimana yang pernah kau lakukan
ku hanya satu diantara....

Ribuan janji yang pernah kau lafazkan
bukan hanya untuk melukakan
sebagaimana yang pernah kau lakukan
ku hanya satu diantara
kumpulan kupu kupu hiasan diri mu....

Serangkai mawar
yang kau kirimkan
masih memburu ku....

Aku tak sanggup menjadi mangsa mu
kerana ku bukan lagi milik mu....