Seorang temanku pernah berkongsi zikir di atas. Allahu.. terima kasih ya teman, ianya banyak sekali membantuku.
Dalam perjalanan hidup kita, banyak kali kita akan mengalami tekanan atau stress. Ianya datang dalam berbagai bentuk. Ada yang baik buat kita tetapi jika ianya terlalu lama, ianya bisa membuat kemudaratan. Semoga kita semua dilindungi sentiasa. Tekanan ada di mana-mana sahaja, terpulang pada kita untuk menenangkan diri atau fikiran. Usahlah kita membiarkan tekanan kita terbiar begitu sahaja. Banyak perkara yang bisa kita lakukan, salah satunya kembali kepada yang Maha Esa. Semoga kita terus istiqamah.
Bagi saudara, keluarga dan juga teman-teman di seberang tambak, tidak terlambat sekiranya saya mengucapkan Salam Merdeka untuk hari ini, semoga Malaysia kembali pulih seperti sediakala. Amin.
Sehingga di lain kesempatan,
Wassalam.