Tuesday, July 28, 2020

Rindu dengan Baitullah



Sebentar tadi, aku menonton rancangan Salam Baitullah 2020 di YouTube live.. subhanallah, tersentuh benar pabila alunan talbiyah berkumandang.. sayu, tidak terkata, lalu bergelinang airmata yang telah lama tersimpan... Allahuakbar... semoga semua yang diberi kesempatan menunaikan Haji tahun ini dilindungi dari apa jua penyakit.. mohon do'anya untuk kami semua di sini. Semoga semua berjalan lancar seperti yang dikehendaki...



Gambar dipetik semasa aku dan keluarga menunaikan Umrah... rindu sangat melihat ka'abah dikelilingi jutaan manusia..😥😥

Sunday, July 26, 2020

Covid19 ibarat peperangan

Pandemik #Covid19...
Aku ibaratkannya sebagai peperangan.
Perisai masih belum ditemui.
Hampir 16 juta tawanan.
Lebih 600 ribu nyawa tertewas.
Dan angkanya masih terus meningkat.


Tidak mengenal erti bangsa atau agama.
Tidak kira usia tua mahupun muda.
Sejarah terhebat abad ini.
Bagaimana untuk mengelakkannya?
Wallahu'alam.
Belum ditemui jawapan yang pasti.


Bak kata pepatah...
Kita merancang, Dia menentukan.
Kita mengelak, Dia bisa berikan.
Selamat melindungi diri sahabat...


- H.H., Julai 2020.

Tuesday, July 7, 2020

GE2020

Bismillahirrahmanirrahim...


Izinkan saya berkongsi sedikit pendapat bagi pengundian #GE2020 kali ini..


Sebelum itu saya ingin menegaskan bahawa pendapat ini adalah secara am dan tidak berpihak pada mana-mana parti.


Beberapa calon-calon baru buat kali ini tampak seperti kurang bersedia ataupun mungkin hanya ditangkap muat demi kepentingan parti masing-masing (baik dari si kolar putih atau sebaliknya.) Walau begitu saya tidak nafikan ramai yang berwibawa, teruskan perjuangan itu.

Usah dipandang remeh keluhan rakyat. Pada saya sebagai seorang Melayu (Islam) banyak yang perlu dibahaskan, tetapi seringkali diketepikan. (Sebagai contoh, isu hijab). Mungkin ada baiknya jika hal ehwal agama tidak dipolitikkan.

Akhir sekali, janganlah kita menjadi batu api hanya untuk kepentingan diri atau parti. Usahlah kamu merasa hebat jika kamu menjadi asbab seseorang itu jatuh.


Wallahu'alam..


Semoga diberi kemakmuran bagi negara kita. Selamat menunaikan tanggungjawab anda.



Setulus ikhlas,
~ H.H.,
Julai 2020.



Maaf atas pencerahan yang panjang lebar, ini hanya pendapat peribadi saya, dan tolong jangan laporkan kata-kata ini ke pihak berkuasa ya. 🙂