Si lancang kuning, bila dihitung kembali, maksud lagu tersebut, baru dapat mengerti apa yang ingin disampaikan. Lancang kuning, seperti yang ada di gambar bukanlah membawa maksud lancang yang sebaliknya.. Lancang yang itu bermaksud yang kurang enak, atau bersifat negatif, contoh, "lancang sungguh mulut kamu.."
Nah.. Jika si lancang kuning ini berlayar malam, ke mana haluan hendak ia tuju... Ianya terpulang pada nakhoda kapal tersebut.
Hidup ini sebenarnya ialah sebuah pelayaran. Kita perlukan nakhoda untuk mengemudi pelayaran itu. Siapa nakhoda kita? Terpulang pada individu... Tidak semua punyai nakhoda yang sama. Kita sebagai anak kapal, harus memainkan peranan atau tanggungjawab yang diberikan.
Nah.. Barulah dapat dilayarkan kapal itu dengan elok... Namun usah kita lupa, lautan itu ada gelora dan pasang surutnya. Seperti hidup juga, banyak pancaroba yang akan kita tempuhi. Semoga apa sahaja rintangan dapat diatasi dengan baiknya. InsyaAllah.
Semoga bertemu di lain kesempatan.
Salam sayang,
H.H., April 2015