Sunday, September 28, 2014

Solat Eid Adha 1435H di Padang / Lelapang, Khatib, Singapura


بسم الله الرحمن الرحيم
 
 

Persatuan Islam (Singapura) akan mengadakan Solat Ied Adha pada hari Ahad, 10 Dzulhijjah 1435H.


Tarikh: 05 Oktober 2014
Jam: 8.15 pagi
Tempat: Lelapang bertentangan Stesen MRT Khatib, berhadapan Blk 846 Yishun Ave 6
Tajuk Khutbah: Menghayati Ruh Qurban
Khatib: Ustaz Kamarudin Ahmad Mustaffa


Dengan segala hormatnya kami mengundang sekalian kaum muslimin dan muslimat hadir beramai-ramai menunaikan Solat Ied Adha bertempat seperti dinyatakan di atas.

Tempat wanita mendirikan solat dan wanita yang dalam keadaan uzur untuk mendengar khutbah disediakan berasingan.

(Kemudahan tempat meletak kereta yang berdekatan: di blk 624 & 848A)

P.S. Sila share dan sebarkan kepada teman-teman dan sanak-saudara anda...

Thursday, September 25, 2014

Cerpen sempena hari raya haji - Lembaran buat Raudhah

Lembaran buat Raudhah
Karya: Hafiza Hussin


Noor Raudhah Imran
Tadika Taman Raudhah
104 Jln Malu-malu
Singapura 359113


Salam diucap pembuka tirai,
Membuka lembaran bicara bermula,
Harap segala kesusutan terlerai,
Ampun dan maaf dipinta.


Awak,
Saya memahami pemergian awak selama ini, tiada kata maaf yang dapat meleraikan kemarahan terhadap saya. Saya akui kesilapan itu yang membebani diri awak sehingga kini. Tidak saya sangka sewaktu mendaftarkan anak saya tempoh hari di Tadika Taman Raudhah terserempak dengan sebuah gambar yang cukup saya kenali. Mungkin takdir telah menetapkan pertemuan itu. Setelah lebih sedekat saya mencari awak, tertanya-tanya juga mungkin berpeluang terserampak dengan awak. Namun hampa segala harapan, maklum sahaja, seorang majikan tentu sekali padat jadualnya. Lantas, tercetus di minda untuk menulis sahaja, semoga awak sudi membaca naskah ini.


Apa khabar awak di sana? Lama sangat rasanya kita tidak bersua. Saya terdengar dari orang ramai awak mempunyai seorang cahaya mata. Adakah anak itu milik kita? Awak, berilah saya peluang untuk bertemu dengan awak, walau hanya seketika.


Saya sudahpun berkeluarga dan telah dikurniakan dua orang cahayamata. Saya mengambil keputusan untuk berhenti berharap lalu mendirikan rumahtangga setelah gagal mengesan awak. Setelah puas saya mencari, teman-teman dan keluarga, ke rumah awak juga sudah, namun semuanya berakhir dengan kehampaan. Hingga ada yang menyatakan awak telahpun bermastautin ke Australia. Saya ada juga ke sana setelah mendapatkan beberapa informasi, namun tetap juga gagal mengesan awak. Memang hati ini tidak akan pernah tenteram selagi tidak berjumpa dengan awak. Saya mohon belas ihsan awak, berilah saya peluang.


Saya tahu keputusan untuk meninggalkan awak tatkala itu terlalu sukar untuk kita. Namun harapan ibubapa untuk saya teruskan belajar terpaksa saya akur. Keterlanjuran masa lalu tidak dapat diputarkan semula. Maafkan saya. Kekesalan yang teramat sentiasa berlegar diingatan saya. Saya sedari keputusan yang telah saya buat mengorbankan banyak pihak, terutama awak. Memang beribu sesalan atau berjuta maaf tidak setanding dengan kelukaan yang awak lalui. Sekali lagi, ampunkan saya.


Dalam kehidupan kita ini terlalu banyak yang dirahsiakanNya. Satu persatu kisah dikupas hari demi hari, namun banyak juga yang masih tidak kita ketahui. Izinkan pacar yang hina ini menebus kekhilafan yang lalu. Tidak tertanggung rasanya terus disemai rasa bersalah setiap waktu dan ketika.


Saya menyesal meninggalkan awak tika itu. Entah apa yang ada di benak pemikiran tatkala itu. Usia telah mematangkan hidup saya kini. Demi masa depan anak itu, izinkan saya menebus kesilapan lalu. Saya ingin bertanggungjawab atas kesalahan yang saya lakukan suatu tika dahulu. Saya berharap juga awak sudah punya pengganti diri ini, dan saya ingin sangat lihat awak berbahagia di samping orang-orang yang tersayang.


Yang ikhlas,
Md Amir B Khalis


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -



Md Amir
36 Hillview Avenue
#09-1156
Singapura 149036


Amir,
Terima kasih atas naskah yang dikirim.  Sudah lama saya maafkan awak, walaupun luka tidak akan dapat diubati, saya akan terus menelan pahitnya. Ya, memang saya punya seorang cahayamata, Md Noor Azrul, nama diberi. Terima kasih atas keperihatinan awak, saya terpaksa menolak tawaran itu, cukuplah awak bertanggungjawab atas keluarga awak kini, biarkan kami seadanya. Mungkin suatu hari nanti Azrul akan dapat mengenali ayahnya, biarlah tarikh itu dijadikan rahsia sehingga selepas saya memejamkan mata, mungkin.


Bak kata pujangga yang menjadi tunjak kekuatan saya... yang menguatkan diri untuk terus berdiri teguh mengharungi dunia ini...
Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa silam.
Tiada insan yang berdosa yang tidak mempnyai masa depan....


Mintalah keampunan dari yang maha Esa, hanya padaNya sahaja dapat meleraikan hati yang kusut. Dia jugalah yang Maha Pengampun. Mungkin suatu hari nanti Azrul akan mengerti pengalaman diri ini. Usah mengusutkan lagi penderitaan yang dialami. Saya mohon jika boleh sekiranya awak tidak mengganggu kami lagi.


Sekian. Wassalam.


Salam hormat,
N. Raudhah


Wednesday, September 24, 2014

Tuesday, September 16, 2014

So should I laugh or cry?

Bitter sweet memories come and go have been part and parcel of our lives. Isn't it?

Oh well...  so let me think... I guess laughing will be much better than crying.. okay... so let's eliminate all that 'nonsense' of the past..

Till when will we have the negative thoughts?  Life goes on baby... and yes.. I'm happy with the journey of my life currently. And yes.. I have to admit that I am in love... 💕💕

Thanks for being here for me...

Love,
H.H.,
Sep14

Friday, September 5, 2014

Rahsia Illahi

Jika rezki itu depan mata,
Sudah pasti aku akan cepat mencapainya.
Jika jodoh itu depan mata,
Sudah pasti aku akan cepat berumahtangga.
Jika ajal itu depan mata,
Sudah pasti aku akan cepat menginsafinya.

Semua itu rahsia milikNya..  Tiada siapa dapat menghitung atau menduga... Sudahkah kita bersedia?

#refleksiJumaat


- H.H., Sep2014

Tuesday, September 2, 2014

Fiza's gallery

Alhamdulillah... praise to be upon Him...

My mini gallery for motivation and safe-keeping. I've been planning on this project long ago and only manage to finish it up tonight... 😂


Collection from 2003 to 2014... more to come... InsyaAllah.... 😉