mungkin kerna itu aku dan keluarga tidak diberikan kekayaan di dunia. mungkin ada banyak yg Allah ingin kita pelajari. mungkin harta akhirat yg akan diberikan.
oh mungkin.. terlalu banyak kemungkinan. oh mungkin apa agaknya yang telah ditulis.
oh dunia. tidak sanggup rasanya. oh dunia, apakah agaknya kesudahanmu?
Monday, July 30, 2012
Friday, July 27, 2012
oh jejaka misteri
pertemuan pertama indah bukan?
bila mata bertentangan mata
di bawah pancaran matahari menyinar
pabila kedua pihak mengukir senyuman
pasti membuat ku tersenyum sepanjang hari ini... alangkah indah untuk permulaan hujung minggu ku :)
Wednesday, July 25, 2012
La Tahzan (Jangan bersedih)
La Tahzan.
Jangan ditangisi.
Pemergian tiada kembali,
Ratapan berakhir di sini,
Kaku tiada berdaya lagi,
Jasad akan disemadi,
Tinggallah orang yang disayangi.
La Tahzan.
Jangan dikesali.
Jika kasih berlalu pergi,
Banyak hikmah yang tersembunyi,
Mungkin tidak terlihat kini,
Bukankah jodoh di tangan Ilahi,
Sesungguhnya Dia maha mengetahui.
La Tahzan.
Jangan diingati.
Usah meraung atas apa yang terjadi,
Baik untuknya tetapi tidak untuk kami,
Takdir - tiada siapa boleh menafi,
Berusahalah dengan tekun dan gigih,
InsyaAllah pasti bertemu jalan diredhai.
La Tahzan.
Jangan diratapi.
Bulan yang mulia kan beransur pergi,
Semoga amalan diterima ya Rabbi,
Yang baik kan terus diteladani,
Akan tiba dua belas purnama nanti,
Jika berpeluang jumpa ianya kembali.
Friday, July 20, 2012
salam ramadhan...
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah shaum (puasa), semoga kita diberi kesihatan untuk menempuhi tuntutan dan keberkatan di bulan yang mulia ini, insyaAllah...
bulan ini juga adalah bulan kemaafan... alhamdulillah... lega rasanya dapat memaafkan si dia... suatu peningkatan untuk terus maju kehadapan, tidak perlu untuk menoleh ke belakang...
alhamdulillah... sesungguhnya Allah maha mendengar...

Monday, July 16, 2012
is the water too cold tonight?
or is it just what i felt.. feeling feverish, with the itching and heaty throat.. seriously not at the right time.. but body temperature is quite normal. i had taken some medications earlier but i'm still shivering right now.... brrrrrr...
Friday, July 13, 2012
kembali ke arena 'fesbuk'
bukan merajuk tetapi diam untuk sementara, ramai yang telah mencari dan bertanya, tidak, saya tidak 'men-delete' sesiapa dari 'fesbuk'... cuma sekadar merehatkan ia buat sementara..
seperti yang telah saya janjikan kepada seorang teman, saya akan mengaktifkannya kembali jika salah satu do'a saya termakbul, alhamdulillah... Allah maha mendengar.
takut pula setelah kembali kini, akaun saya telah banyak kali cuba digodam, angkara siapa masih tidak diketahui, entah apa yang mereka inginkan, sesungguhnya akaun saya tidak mempunyai apa-apa rahsia pun.... dunia, dunia...

Saturday, July 7, 2012
Berita harian 7 Julai 2012
Artikel - Perjalananku masih jauh, alhamdulillah... masih diberi kepercayaan oleh pihak berita harian kerana sudi memilih puisi saya...
Thursday, July 5, 2012
namanya siapa?
"apa ada pada nama?"
selalu kita dengar akan persoalan di atas, namun benarkah nama itu tidak penting? jika ianya tidak penting, mengapakah ramai yang berpusing kepala memikirkan nama yang sesuai untuk anak/bakal anak mereka?
nah... dapat kita gambarkan bukan? nama itu penting sebenarnya, namun apa yang dimaksudkan ungkapan di atas ialah nama atau status seseorang itu tidak menunjukkan keperibadiannya.
aku kenali beberapa orang yang mungkin mendapat 'keberkatan' dari namanya, contoh: 'razak' bermaksud rezeki... alhamdulillah 'razak' yang aku kenali sungguh murah rezeki mereka.
walaubagaimanapun aku sebenarnya takut akan nama aku sendiri... 'hafiza', atau 'hafiz', bermaksud seorang menghafal al-qur'an, masyaAllah... berat sungguh bukan? semoga dipermudahkan penghafalanku... insyaAllah.

Sunday, July 1, 2012
pimples o pimples
when your oily face starts to develop more pimples than usual.... it shows how high your stress level is.. haiz... endurance fiza, endurance...
Subscribe to:
Posts (Atom)