Tuesday, November 30, 2010

janganlah hanya mengukir janji

Jika kau rasa getarnya - SLAM

janganlah hanya mengukir janji

Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

Kaulah pancaran yang daku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga

Bukan simpati yang aku pinta
Kebenaranmu memutus kata
Agar dapatku abadikan
Untuk pedoman peniti cinta

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga




PS: 16 more days.... mixed feelings..
:)
:(
hmmm.....

Thursday, November 25, 2010

self-potrait

Fiza Hussin
as usual.. hehehe.. to those who don't know who am i.. this is me.. :)
~fiza~

sekadar renungan

cinta dan hati saya adalah untuk orang yang benar-benar ikhlas memiliki saya bukan untuk dipersendakan..

-- kata-kata ini bukan milik saya, dipetik dari sebuah filem, namun ia mencerminkan sesuatu di jiwa ini..

Tuesday, November 16, 2010

Shaum sunnat Arafah

Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Muslim:
"Shaum (puasa) pada hari Arafah (9 Dzulhijjah) itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (InsyaAllah)

Ayuh sama-sama kita menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Sunday, November 14, 2010

sahabat

Kepada semua yang bergelar sahabat,

Terima kasih,
kerana engkau ada di saatku memerlukanmu.
Terima kasih,
kerana engkau membangkitkanku sewaktu jatuhku.
Terima kasih,
kerana engkau menceriakanku di masa hibaku.
Terima kasih,
kerana engkau memahami jiwa geloraku.

Andai ini waktu terakhir bagiku,
sudilah memaafkan ku atas segala khilafku,
iringilah do'amu buatku selalu,
akanku sematkan segala kenangan bersamamu.
Terima kasih, sahabatku.

Salam Ukhwah,
Hafiza Hussin,
14 Nov 2010

Friday, November 12, 2010

bila hati ini

bila hati berjauhan terasa rindu
bila hati berdekatan terasa sayu
bila bertentangan nadi berdegup merdu


adakah ini gelora di jiwaku
yang tidak mengerti apa yang ku mahu
aku buntu mengenangkan sikapku


Ya Allah, lindungilah aku
agar tidak aku terus begitu
melangkah jauh tanpaMu
sesungguhnya Engkaulah Maha Satu
tempat di mana aku mengadu

Tuesday, November 9, 2010

and i shall play with the rhythm of your music

i had a sensible conversation last Saturday 'morning', a one-to-one talk, a serious conversation i could say..
i get to asked questions that i've been wondering all this while..

Five senses.. thats a promise, thats what i received.. now i know where i stand.. thanks for the assurance..

i knock my heart and ask myself the same queries.. do i feel it?









Yes, i do.